Friday 12 December 2014

Whaddup?

Re-read my blog again and found out that some pictures are lost. Sedih gak ar. Kenangan tu. Taktahu nak recover balik cemana. And ada some post yang dah delete & saved as draft. Hehehe. Biasalah dulu suka update time emotional. Takda kawan untuk berkongsi cerita. Sedih je memanjang pun payah gak en. Erm bila baca balik tu rasa macam....the heck aku tulis ni? Hahaha. Tapi takpalah. Dah private tu boleh gak ar baca time bosan. Lagipun semua tu zaman jahiliah je huh.


Semenjak habis spm ni, tak banyak benda lagi yang aku buat. Padahal list kemain panjang. Acah je lebih en. -.- dan setakat ni apa yang aku dah buat, survive sorang diri kat penang, belajar kereta (tak dpt P lagi -,-), kemas buku, keluar dengan kawan. Erm tu je rasanya. Tak banyak pun. Takpalah, pelan-2 boleh buat. Cuti ada lagi 2 bulan setengah. Hihi.


Dan semestinya topik yang hangat lepas spm ni pasal cinta lah. Haa masa memula masuk form 5 dulu, semua nasihatkan aku supaya jangan leka. Jangan main cinta. Nanti parah. Haa nak tahu tak yang aku mula gataii pi cari pasai time 2 minggu sebelum spm -.- ada la sorang hamba Allah ni simpan perasaan kat aku. Aku pun acah acah femes ar en >_< mengada jugak aku ni hahahahaha tapi aku pesan, kalau serius, tunggu la lepas habis spm. And yes, i ada told several guy yang nak ngorat (-.-) aku dulu benda yang sama. 


Maka, lepas spm ni aku pun takda la berharap sangat. And guess what, ada sorang hamba Allah tu mai confess kat aku. Hahaha. So i guess he's serious la with me. Tapi kalau nak berkawan dulu tu boleh la. Kalau nak masuk minang, baik jangan. Memang la kahwin awal tu perkara yang baik. Tapi aku tak ready lagi unutk semua ni. Aku masih muda dan mentah. Banyak lagi perkara yang perlu aku belajar dan perbaiki. Cuma kalau serius nak kahwin betul2, masuk minang lepas aku habis diploma atau masa umur aku 22 dan ke atas. Rasanya time tu duit dah ada sikit. :D hehe. Opah pesan, duit tak banyak takpa. Lepas kahwin, rezeki masuk banyak. Lagi2 bila dapat anak. Time tu rezeki melimpah-ruah. Wait..... Kenapa macam aku dah lelebih je ni xD hahaha. Aku just tulis apa opah and orang sekeliling pesan je hihihi.


Talking bout plkn, luckily saya tak dapat! :D hehehehe


Cerita lain lagi, lepas habis spm, ramai yang nak kerja. Termasuk aku. Aku memula nak try kerja cashier ke apa ke en. Tapi abah suruh jadi pembantu kedai dekat NR, Parit Buntar. Awal2 tu jela semangat. Haha. Tapi penat la gak. Dan abah cakap, hang ingat cari duit ni senang ka? K terdiam la kejap. Gaji entah berapa. Saya kerja mengikut keikhlasan hati je hihihiks. :)


Dan sekarang ni kerja guna laptop sebab aku kena balik manjung kejap. So abah akan bagi kerja through email. Dan kerja aku tersangatlah banyak :")))))) tapi takpa. awal lagi ni untuk mengeluh. I try to like what I do and I try to do what I like. Kehkeh.



hai saya dah habis sekolah hihihi




Tu je cerita kali ni hihi assalamulaikum bye! xoxo

Wednesday 26 November 2014

Perancangan aktiviti lepas spm.

Peh tajukkk. Puihhhh. Spm pun tak habis lagi dah fikir pasal aktiviti lepas spm pulak wahahaha. Fail to plan is planning to fail kan? Kalau boleh taknak la aktiviti lepas spm ni pun tergendala macam pmr dulu. So marilah kita rancang sebaik-baiknya. Lagi pun aku ni jenis pelupa. Tup tup dah habis spm terus taktahu nak buat apa. Tak ke terbongkang je aku depan tv nanti -,-

1. Ambil lesen kereta.
2. Kemas buku-buku.
3. Jual worksheet yang belambak tu.
4. DIY kasut sekolah jadi sneakers.
5. Pergi gym.
6. Design rumah masa depan.
7. Cari kerja part time.
8. Kerja dengan family.
9. Tanam pokok.
10. Belajar masak.
11. Redesign bedroom. Buang meja belajar wahahahaha!
12. Recycle baju yang tak pakai.
13. Belajar kraftangan.
14. Masuk tahfiz :D
15. Hafal Al-Quran.
16. Mengasuh adik sendiri.
17. Buat kelas tuisyen percuma untuk adik sendiri.
18. Balik KL & stay dengan mak abah.
19. Balik Parit Buntar & stay dengan mak tok & jaga kedai kat situ.
20. Kerja kat pasar malam.
21. Masuk kelas bahasa.
22. Mengadap smartphone 24 jam.
23. Kahwin. (hiks)
24. Beribadat setiap masa.
25. Tambahkan ilmu akhirat dengan ikut opah pi marhaban & kelas agama.
26. Beriktikaf dalam mesjid.
27. Habiskan baca novel & buku yang beli tapi tak pernah baca. (-.-)
28. Main dengan kucing.
29. Masuk giatmara. (lulz)
30. Melancong.
31. Merantau.
32. Memancing.
33. Merapatkan hubungan kekeluargaan.
34. Buat carta keturunan keluarga. (abah suruh)
35. Karaoke.
36. Tidur.
37. Tolong kemas rumah.
38. Kemas baju.
39. Belajar bawak motor.
40. Buat kraftangan (DIY).
41. Manjakan diri. (pergi spa)
42. Berbakti kepada orang tua.
43. Berkebun.
44. Jogging hari-2.
45. Survey pasal uni.
46. Masuk kelas bahasa.
47. Buat sales.
48. Buat aktiviti kebajikan.
49. Study.
50. Tengok movie online. (RUNNING MAN! KOREA!)
51. Dan banyaaaaaaaaaaaaaak lagi.


HAHAHA ni je dapat aku listkan. Semoga bermanfaat k :)

Monday 17 November 2014

A Reminder for Myself. #1

Nanti bila dah kahwin, kalau bawak anak-anak & mak keluar makan, jangan leka main handphone. Depan aku ni ada satu keluarga. Makcik tu dah habis makan & tengok je anak-menantu & cucu dia. Si laki tu tak pasti lah anak ke menantu dia tapi asyik dok mengadap hp je. Sama dgn isteri dia. Anak dia dua orang tgh mkn tp sesekali pndg mak bapak dia. Okay apa yg aku nak sampaikan ialah aku kesian tgk makcik yg tercengang taktahu buat apa tu. Aku teringat kat mak tok & opah. Dan dlm masa yg sama aku bayangkan diri aku kt tmpt makcik tu. Mesti sedih. Sepatutnya keluar makan, sembang2 ke apa en. Ni tak. Hmm lantak kat depa lah kan. Tapi aku teringat bila keluar dgn family belah mak, mak tok, long & mak riuh sembang mcm nak bg 1 kedai dengaq. Kami sepupu sepapat sesekali mencelah sambil bergelak tawa, usik-mengusik. Alangkah bahagianya saat itu. Ktuje.

-Alia, 16/5/2014, Pasar Komuniti & Karavan.

14092014 - Merantau ke KL!

Well haritu aku balik KL. Memang best la sebab aku pun dah lama tak jejak KL. Rindu rumah. Rumah member lama. Rindu sofa. Rindu peti ais. Rindu bilik yang dah tak jadi bilik aku wahahaha. Rindu tunggu bas lelama. Rindu bakso. Hmm.


So aku naik bas dari manjung guna bas Arwana. Bas ni standard ar. Kemas, cantik, laju, mantap! Thx to aina yg sudi hantar ke stesenggg.


Sampai je KL terus rasa macam,..... wuish serius ke dah sampai KL ni. Haha jakunnya aku xD org dah biasa hidup kat kawasan-takda-bangunan-tinggi cenggini ar perangai. Seperti rusa masuk bandar kehkeh. The next day, aku keluar dengan member lama! Wazie, Leha & Tasha <3 serius rindu kot. Dah lama tak jumpaaa. Wuuuuu.

Kitorang plan tak gi jejauh pun. Aeon Wangsa Maju je sebab aku nak gi mph. Pastu jenjalan situ je. Ahaa tak perlu pergi tempat yang mewah2 tapi tak best :p Pastu gi arcade. Pastu gi makang.

Pastu kitorang cari surau tau tapi tak jumpa. last2 sampai rooftop :p haha gile en -.- pastu turun solat pastu beli brg sikit pastu lepak rooftop. Memang best la weh! Borak-2 pastu tangkap gambar.























































Pastu balikzzz. Perasaan tu still tak berubah bila jumpa. Cuma macam biasa la, memula awkward sikit en. Nak sembang apa pun aku taktahu haha. Dah lelame tu ok la. Share apa yang jadi skrg and gossipsss! Lulz. Dosa.


Pastu the next 2 days, wazie ajak gi tengok wayang. K aku bukannya minat sgt pun. Aku lagi suka tgk online hahahaha tapi sebab dia nak sgt, aku pun ikut gak ar.














ktuje.

P/s: Harap-harap kawan lama yang lain tu still ingat aku sebab aku still lagi ingat semua. Hiks

28092014 - Futsal

Assalamualaikum!

Apa khabar? Sihat? Hidup macam mana? Okay? Ke tak okay?

Haa okay ke tak tu mesti la ada en. Dah nama pun hidup. Haha belakangan ini, hidup aku macam biasa lah. Banyak je masalah datang dan pergi. Umpama ombak. Datang dan pergi. Tapi tetap menyejukkan kita. Lulz.

Dan aku percaya di setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. - Al Insyirah

Walau cemana teruk sekalipun, mesti ada yang baik jadi. I know, sometimes life is hard. But the hardship la yang makes us lebih tabah, maju dan matang dalam kehidupan! Haha english aku teruk je -.-

Hari tu ada tournament futsal yang aku join dengan member sekolah aku under majlis belia. Ye, aku mmg dah tahu yg aku ni reserved je. Cuak gak nak main. Kekalahan futsal time umur 12 tahun dulu menghantui aku. Semua salahkan aku bila bola terlepas masuk. Ah aku tahu aku tak dapat jadi keeper yang baik. Sebab tu, aku dah tak minat masuk tournament memane. Haa pengecut kan aku. Haa tulah yang tak minat main sukan ni. Semuanya suka menyalahkan hahahaha k dah la stop. Pape pun, aku tak ambil hati. Cuma kalau teringat tu memang saje je la. Aku tak serius pun. :p








Gambar mmg tak byk sbb aku kurang gemar tangkap gambar hahaha sila la percaya

Ada gak budak manjung dengan smab main sekali. Hebat kot deme. Terpegun aku menontonnya. Haha. Pape pun best la sebab dapat kenal kawan baru. Selama ni 1 sekolah pun tak pernah bertegur xD

Menang kalah adat permainan :) tapi yang penting bila kita dapat hargai setiap detik bersamaaaa.

Sekian drp aku yang pernah bercita-cita nak jadi pemain bola,
LILI, 9.

Saturday 25 October 2014

25/10/2014

Actually, I have no interesting story to write since i need to practise my essay skills. Lulz. If you were asking me to write in malay, then yes, i have a lot of stories to share. Haha :p 
But since i got C+ for my english in my trial spm exam, then i need to start write back in english. Haih. Padahal exam lagi 7 hari ._. baru nak ada kesedaran sekarang ennnn. 

Btw, my birthday is on 4th november which is the day that i need to answer for my english exam. Wuishhhh. I hope everything will be fine and not ruining (tak merosakkan, lulz) my special day. Pray for me ya! 

Okay, aku takde idea betul kalau nak tulis dalam english ni hahaha.

Lately, masalah datang bertimpa-timpa. Lagi2 nak spm ni. Tetiba muncul orang yang mengaku suka aku, orang yang ajak pergi karok, yang ajak lepak, yang nak gaduh, yang tak puas hati, yang ajak study pun ada tapi tak ramai lah haha. So i guess that's the reason why i macam dah mula hilang fokus ni haihhh. 

Dengan 7 hari yang berbaki ni, aku harap aku dapat usaha lebih sikit. Kalau trial dpt tinggi, aku takut yg spm nnt, dpt rendah. Haih. Mintak simpang la ya Allah. 


Good luck batch 97! May Allah ease up everything towards success. Forgive all my wrongdoings and pray for me okey! 
Assalamualaikum xo


Wednesday 3 September 2014

Luahan Hatiiii.

Beberapa minggu lepas, aku mengalami konflik jiwa yang sangat teruk. Aku rasa tak tenang. Aku rasa macam ada yang tak lengkap. Apa aku belajar tak masuk. Aku hafal fakta tapi tak ingat. Aku solat tapi tak khusyuk. Aku doa tapi hati aku tak sepenuhnya. Aku risau gak ar time tu. Kalau semayang tak khusyuk mesti ada benda hebat gila yang dok kacau aku. Exam dah nak dekat tapi jadi cemni pulak. Cemana ni? Hmm.

Dalam masa yang sama, hati aku mula terpengaruh dengan duniawi. Macam-macam skincare aku nak cuba. Macam-macam tempat aku nak lepak. Macam-macam game aku nak cuba. Ya Allah, jauhnya aku dari jalan yang benar T_T
Dan mungkin sebab aku stress kot, muka aku naik jerawat. Kulit aku start menggelupas yang teruk gila ah. Ramai orang tegur. Aku jadi malu. Malu dengan manusia? Hurm. Langsung tiada iman tika itu.

Tika suatu hari itu dalam makmal bahasa...
Cikgu suruh siapkan 1 karangan. Aku cuba perah idea. Namun, idea ku tidak seberapa. Aku cuba lagi dan lagi. Aku tak terdaya. Hasilnya lebih teruk daripada pelajar yang tak pernah sekolah. Rasanya adik aku punya karangan lagi hebat daripada aku. Orang lain semua dah submit. Aku je belum. Haihhhh. Aku mengeluh panjang.

Tika loceng berbunyi semua pelajar ke kantin. Namun aku tidak. Hati aku tidak tenang. Mana mungkin aku punya selera makan tika itu. Aku berjumpa dengan cikgu bahasa ku. Cikgu Zaiton namanya. Orangnya sangat cantik walaupun dimamah usia dan mempunyai iras keturunan Arab. Kata-katanya banyak yang berhikmat. Teringin pula aku bertanya akan rahsia kecantikan dan kebijaksanaanya. Namun, aku hanya mampu tersenyum acapkali memandangnya. Namun tidak pada hari itu. Aku cuba meminta bantuan dengannya. Beliau ini guru yang paling sporting dengan pelajar. Mungkin beliau bisa menolongku.

"Erm cikgu.. Saya mengalami ketandusan idea laa. Taktahu la kenapa dah takde semangat nak belajar sejak 2 menjak ni. Haish."

"Laa... Kenapa dengan awok? Awok tak boleh cemni. Alia kena kuat semangat. Kentalkan jiwa. Cer ceghite apa masalah awok?"

Lalu aku meluahkan segalanya. Dan tidak disangka-sangka feedback nya sangat mengejutkan. Belum pernah aku jumpa cikgu yang sekepala dengan pelajar. Selalunya cikgu ni suka bagi nasihat mcm drp seorg mak kpd anak. Ni mcm member pulak. Hehehe. Cikgu cakap drp muka aku pun dia dpt tahu yg aku stress. Dia kata jgn fikir sgt pasal pelajar target semua jadah tu. Yakin dgn usaha kita je. Lantak apa org target psl kita. Yg penting fikir psl apa yg kita target utk diri kita. Kalau tak dpt, takpelah. Mgkn tu je rezeki kita. Jaga solat. Jgn stress belajar. Belajar cari kebahagiaan sendiri. Pastu cikgu cerita la cerita yg best2 yg aku takleh cerita kat sini hehe. Dan cikgu pesan...

"hari ni awak tak payah belajar" 

Terkejut aku. Asal pulak?

"Kalau awak belajar pun, tak masuk kan. Petang ni pergi ambil angin. Jenjalan ke ape ke en. Esok baru belajar."

 Wuuuu~ ni la yg aku tunggu2 hahaha. Sbb semua cikgu asyik pesan suruh belajar je kat aku. Pastu expect aku nak dapat A subjek diorang. Padahal aku kena cover 9 subjek kot! T_T aku ni takde la pandai mana. Cuma ada kebijaksaan sikit je Allah bagi. Hmm. Syukur Alhamdulillah.



So balik rumah memang aku tak belajar langsung dan aku pergi bercuti ke Melakaaaa! Wooyeahhh! Hilang la jugak stress tu walaupun ada insiden yang buat aku rasa nak maki satu dunia je hahaha. Sabar bebanyak eh. Hidup ni kena banyak bersabar kan? :)

Insya Allah will update the next entry about my trip!

Kesimpulan yang korang mungkin dapat drp entri ni:
1) Jangan paksa org utk dapatkan apa yg kita nak.
2) Jangan biarkan diri dipengaruhi situasi.
3) Jangan fikir apa orang kata yang boleh buat kita hilang keyakinan diri. Melainkan orang kata benda baik tu, ikutlah.
4) Jangan tinggal solat.
5) Cuba untuk khusyuk dalam solat.
6) Belajar cari kebahagiaan sendiri.
7) Jangan stress sangat.
8) Senyum je selalu.
9) Banyakkan bersabar dan beristigfar.
10) Banyakkan ingat Allah.
11) Jangan lupa study! Exam dah dekat! 
12) (letak la apa yang korang nak letak lagi...)


Thursday 14 August 2014

14/8/14

Hari ini 14 Ogos 2014 di jam 2 petang. Sangat menarik tarikh hari ni hihi. Entah mengapa sejak dua menjak ni hati rasa bahagia pula setelah hampir seminggu aku berduka lara. Aku merasakan ini dugaan buat diriku yang hendak berperang dengan spm. Aku merasakan dunia seperti tidak adil. Kenapa sejarah harus berulang di saat aku hampir kecapi saat bahagia? Kecewanya aku tika itu. Deritanya rasa.

Namun setelah bertafakur dan dinasihati, akhirnya aku sedar akan sesuatu. Allah ingin melihat sejauh mana aku bersyukur terhadap nikmat kurniaanNya. Allah ingin sesuatu daripadaku. Rintihan dan air mataku. Pujuk rayu dan aduanku. Hmm. Aku sangat susah mengalirkan air mata apabila berada pada tahap sekarang. Aku terlalu ego barangkali. Mungkin juga kerana penderitaan dan kekecewaan lama membuat aku sedemikian. Hmm entahlah.

"Asal aku ceni doh? Apa salah aku? T_T"

"Mungkin Allah nak kau kembali padaNya. Allah nak dengar doa hambaNya."

"Aku solat. Aku doa. Apa lagi yang tak cukup? T_T"

"Mungkin masa kau solat, kau tak khusyuk. Mungkin masa kau doa, kau tak ikhlas. Hati kita time tu kena ingat Allah je. Jangan ingat lain."

*petikan perbualan bersama seorang sahabat*
Sentap seketika.

Apa aku lalai selama ni? Apa aku tidak ikhlas selama ni? Astagfirullah al adzim. Syukur Allah menyedarkan aku. Aku masih berkesempatan untuk kembali padaNya. Aku masih berpeluang untuk bernafas lagi. Aku masih berpeluang untuk membuka lembaran baru dan berhijrah. Terima kasih ya Allah :)



Terkadang dalam hidup ini, kita sering mencari sesuatu yang hilang. Hinggalah suatu hari tu, Allah limpahkan kita sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ketika itulah, Allah meminta kita untuk bersabar dan solat. Dan Allah akan memberikan kita jalan penyelesaian yang kita tidak sangkakan! :) wallahualam.

Saturday 12 July 2014

4th July 2014. Part Two.

Assalamualaikum semua.

Ye, aku nak sambung cerita tertangguh drp entri yang lepas. Erm, aku taktahu nak mula drp mana sebab kronologi cerita ni begitu panjang. Maka, dipendekkan cerita aku cuma cerita apa yang jadi hari ni jelah ek. Kalau nak tahu cerita panjang, mohon tanya secara direct ke aku. (acah acah femes sgt sampai org nak tanya ftf je -_-)

Dua hari lepas nama aku dipanggil masa perhimpunan. Dengar cerita pengetua nak jumpa. Memang ye pun lah. Masa berkumpul tu baru lah aku kenal muka 10 orang pelajar yang menjadi sasaran sekolah dalam spm 2014. Memula tu memang la ada rasa rendah diri sikit. Sebab aku sorang je drp aliran kemanusiaan. Yang lain sains tulen & teknologi kejuruteraan. Terdetik la jugak di hati,

"Wow tak sangka dapat berdamping dan tergolong dengan orang hebat. Padahal aku ni biasa-biasa je"

Acapkali aku ingatkan diri, walau kita rasa kita ni hebat mana sekalipun, tetap akan ada insan yang lebih hebat drp kita. Maka, janganlah mendabik dada dengan apa yang ada sebaliknya berasa rendah diri dengan secebis ilmu kurniaan Tuhan.

Kami dikumpulkan disebabkan prestasi yang meningkat dalam peperiksaan pertengahan tahun. Dan tak sangka nama aku tercalon. Syukur Alhamdulillah. Padahal aku tak belajar pun sebelum exam tu. Main je banyak hahaha. Jadi time tu, pengetua mcm biasa lah, buat kerja dia, bagi kitorang kata-kata semangat, suruh mak bapak dtg masa hari interaktif (4 julai), bagi lagi kata dorongan, dsb. Memula tu mmg la rasa terbeban sikit sbb aku ni mmg tak boleh byk tekanan. Kalau tak nnt, aku mesti buat benda yg tak sepatutnya *facepalm* tapi aku cuba berfikiran positif. Mungkin ni cara Allah nak tolong aku. Selalu aku berdoa padaNya supaya bantu aku dalam penghijrahan ini, agar aku berjaya menjadi orang baik-baik. Mungkin melalui cara ini agaknya, doaku diterima. Alhamdulillah lagi :)

Maka balik tu, aku call abah. Aku tanya abah boleh dtg ke tak dr KL. Abah kata tak boleh. Dia kerja. Dan aku ni pulak bukannya jenis memaksa mak abah. Aku tahu abah sibuk kerja utk bersara tahun depan. Aku tak pernah complain pun (yeke? :p) tapi bila cikgu-cikgu yang nak kena bentangkan prestasi aku bertanya 'mak pak awak dtg tak?' aku jadi cam sedih lak. Aku ni sensitif sikit when it comes to my parents. So aku jawab gak ar apa yg cecikgu tanya dengan hati yang penuh tabah dan jitu.

"Mak ayah awak dtg tak?"

"Err, tak."

"Laa.. Kenapa tak dtg? Nnt saya nak bentangkan pasal awak dekat sape? Takkan dekat awak?"

"Mak ayah saya dok KL. Ala, cikgu bentangkan je dekat saya hehe *sengih*"

"*buat muka* habistu awak duduk dengan sape?"

"Opah."

"Opah awak tak boleh dtg?"

"Takde transport la cikgu."

K sampai sini je. Dan dialog di atas berulang lagi dan bertambah panjang dalam bilik gerakan. And yes, my tears is about to stream down my face but i try to hold it and answer all their soalan sambil sengih. Dah la guna microphone. Apak maluuu. Tapi nasib baik lah, bila pengetua nak tanya lelebih lagi pasal aku, ada ramai cikgu yang mengajar aku back up aku. Mekasih cikgu! :')

Bila program tu start je, aku dah mula menconteng dekat buku aku. Aku tengok budak lain tak bawak buku atau serpihan kertas langsung. Omg dorang ni boleh ingat ke apa yg cikgu nak cakap zzz aku ni ada masalah cepat lupa. Tu yang abah selalu pesan suruh tulis tu kehkeh.



Ni lah hasilnya sejak pukul 8.30 pagi sampai 11.30. Menung aku dalam tu. Dah la turn aku last sekali sebab mak pak tak dtg. Pape pun redha jelah ek. Dan aku rasa turn aku paling kejap je sebab semua tengah kejar masa nak habiskan program. Aha siot. Tapi pape pun segala input dan output yang cecikgu bagi dan eksplen dekat pelajar lain, ibu bapa opah dorang, kebanyakannya aku salin. Tapi yang penting jelah. Dan sekarang ni still fresh dalam otak aku, apa yang cikgu mengajar aku tu cakap. Tu pun nasib baik salin. Kalau tak, aku tak ingat hahahaha. Jadi untuk mengelakkan aku lupa & nostalgia pada masa akan datang, maka aku nak selit sikit nota yang aku salin tu hewhew *muka poyo*

SEJ
-Cikgu pesan suruh banyak membaca. Lagi-lagi bahagian esei. Pastu kena buat banyak latihan past year. Dan aku kena banyak study form 4. Sebab cikgu kata soalan yang banyak aku tinggal dari form 4. Hahaha form 4 dah la aku tak belajar langsung. No wonder la en. Keh

ENG
- Kena banyak membaca bahan dalam english sebab macam teruk gak la essay aku. Yang lain tu takde mende sgt. Cikgu banyak puji aku je hehehe. *tutup muka* cikgu kata aku fokus dalam kelas. Dan aku ni lain dari yang lain hahahahahahahahaha malunya bye

BM
- Alia takde masalah dari segi tumpuan dalam kelas. Cuma karangan tu kena banyakkan pengolahan supaya jadi luar biasa dan menarik. Kena banyak masukkan pendapat/ kata-kata tokoh/ ungkapan menarik/ peribahasa. Tatabahasa tu pun kena banyak betulkan jugak. Pastu cikgu pesan suruh baca majaah Dewan Masyarakat & Dewan Siswa. Sebab majalah tu banyak isu nasional.

PI
- Alia ni memang bagus budaknya *sekali lagi sengih tutup muka* sangat lain dengan budak kelas dia yang lain. Selalu bagi tumpuan dalam kelas. Tapi alia kena banyak atasi kelemahan yang lain. Kena banyakkan buat latihan. Ktuje

PD
- ((Sama gak macam ustazah cakap)) ^

MT
- ((sebelum cikgu nak start cakap ni, aku dah sengih dah hahahaha sebab math aku dapat 40 E HAHAHAHA bye))
- cikgu cakap walaupun dapat markah rendah, jangan mengalah. Anggap semua ni cabaran!
- kalau ada masa nanti jumpa dia. bincang mana yang lemah.
- Alia kena kuatkan semangat sebab jauh dengan mak ayah. kalau rindu sangat, alia anggap je cikgu ni mak kamu. ((wahahahaha))
- Kena rajin usaha lagi.
- Kena faham konsep. Buat latihan banyak-banyak.
- Kalau nak berjaya, kena usaha.
- Kena ada kertas kerja setiap kali belajar math.
- Nak berjaya ni bukan senang.

Ni je yang aku ingat. Cikgu math punya speech panjang gila sebab cikgu ni suka bagi motivasi hehehe. Ni kalau cikgu terbaca ni, mampuih akuuuu.

Subjek lain, EA, TW, SN, cikgu aku takde sebab ada urusan lain. Orang lain semua complete cikgu dia. Waaa bapak sedih tak cukup kasih sayang tsk tsk...

Papepun, aku tetap bersyukur sebab ada orang tetap ambil berat pasal aku. Pujian yang lain tu aku simpan untuk diri sendiri jelah ek. Over nau sampai nak nunjuk-nunjuk wkwkwkw. Astagfirullah al-adzim. Sesungguhnya pujian tu melemahkan iman. Dan part aku selalu bagi tumpuan tu maybe sebab aku dok depan & got no one to talk to since org sebelah aku pun diam je. Dan salah satu tips yang boleh aku share, tu je lah.

FOKUS DAN BAGI TUMPUAN SEPENUHNYA DALAM KELAS. 

Bila aku fokus, jadi benda tu senang nak masuk. Sebab kat rumah aku tak belajar pun. So bila time exam tu, aku banyak recall time belajar je la. Teruk nauu. Jadi, iktibar yang boleh aku conclude daripada semua ni, kena banyak buat latihan. Cikgu ramai nak tolong aku. Kuatkan semangat. Jangan pikir nak balik KL je. Doa banyak-banyak dekat Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia. Tu yang aku tengah cuba buat sekarang. Doakan aku istiqamah. Doakan aku kuat semangat. Insya Allah, malaikat akan doa balik untuk korang. Syukran :)

Jazakallahu khairan kathira.
Thx for reading.
Semoga Allah kuatkan semangat kita.
Semoga Allah kuatkan Palestin.
Semoga kita sentiasa berdamai antara satu sama lain.
Assalamualaikum.

Friday 4 July 2014

4th July 2014. Part 1.

Assalamualaikum wbt.

Tak sangka hari ni aku berjaya menulis entri setelah sekian lama niat tu tertangguh. Sebenarnya aku ni banyak benda nak cerita tau. Pasal trip pergi Acheh, cerita aku survive kat Pangkor, perasaan yang tak menentu, pasal sekolah, pasal spm, pasal pelajar target, pasal stress tu stress ni, pasal rindu mak abah, pasal kawan, erm memacam lah nak cerita. Tapi tulah bila on laptop je mesti main game. Mesti tengok korea. Last-last, shut down je. *facepalm* apa pun tak boley~



Tapi hari ni, aku ada benda untuk diceritakan. Cerita yang bakal mengubah hidup aku. Cerita yang aku tak jangka semua ni berlaku. Cerita yang selama ni dalam mimpi aku je

Jeng jeng jeng! Saspen tak? Ahahaha 

Aku bukanlah nak cerita pasal aku nak kahwin ke apa atau aku dah jumpa teman hidup baru atau aku tak nak ambik spm. Tidak sama sekali! :p aku nak cerita kat sini memandangkan aku takda kawan yang aku boleh percaya nak cerita T_T tsk tsk.... Sedihnyaaaaa~ 



Poyo betul en. Maaf ya kawan-kawan ku. Bukannya bermaksud untuk melukakan tp aku tahu bila aku cerita nnt mesti ada hal berbangkit dekat kengkawang yang lain. Aku taknak. Aku takut. Aku takut sangat. Sebab aku ada banyak pengalaman dalam hal sebegini. *main jari*

Intro aku je dah panjang berjela nak mati kan? Rasa macam taknak pulak cerita hehehehehehehehehehehe mohon jangan tampar aku di atas perangai aku sebegini haha. Aku cuma jadi gedik mengada-ngada annoying cemni kalau aku tengah rasa macam ada butterfly in my stomach 


Memandangkan hari ni puasa ke enam, maka aku sebenarnya tengah tunggu azan puasa. So lepas terawih insya Allah aku bercerita di lain entri. Kalau tak, tunggu jelah aku update k. 
(bajet macam ada orang nak baca je blog aku ni -.-)
(followers blog pun sikit)

Dah, selamat berbuka. Jangan marah-marah. Kbye.



Tuesday 10 June 2014

30 Mei 2014.

Assalamualaikum.

Tika ini aku berada dalam bas, otw ke parit buntar. Semalam lepas balik je drp kem kat teluk batik tu, sampai rumah terus kena packing barang. Dengan mengantuk lapar nak tidur lagi, aku terpaksa tahan. Nasib baik makngah masak so lepas makan tu memang rasa nak tidoq ja la. Tapi aku dapat tidoq sat ja. Kira ok la tu.

Bangun2, terus kelam kabut cari beg. Baju apa yang aku dapat capai yang tu ja aku boh. Pastu kelam kabut pi sidai baju. Motor tak sempat nak tutup pun. Harap-harap selamat la beliau bersama helmet :') pastu dengan suara makngah yang suruh rushing, opah lagi, syafiq lagi. Haih. Rasa stress sat. Nasib baik dapat handle. Hp pun tak dan nak check. Terus masuk kereta. Lepas jalan ja, aku teruih lena. Dah la semalam dapat tidoq dalam 20 minit ja. Bebudak kem tu tak reti nak respect org nak tidoq. Harey.

Pastu aku terjaga masa berenti kat rnr. Lepas masuk kereta balik, aku check hp, ada misscall drp mak. Belambak pulak tu. Aku pun call la. Rupa2nya mak nak suruh aku balik PB. Naik bas drp manjung. Aku pun cam (......) err mak, alia otw p shah alam ni? Lepastu hambek kena marah. Mak kata awat tak check msg mak hantaq. Lepas bla3, mak suruh aku naik bas kat shah alam. Suruh makngah beli tiket. Haa, aku ni bknnya suka susahkan orang tau. Aku cam taknak la memula. Aku cam pikir nak gi kl sentral pastu naik ktm. Best sikit. Takpun, pi setapak ke gombak dulu en. Haha, jahatnya idea aku.

Tapi tulah, hidup dengan orang ni ikut ja la. Melampau la kalau mintak memacam. So malam tu aku pi tidoq rumah maklong. Dapat gak la sembang luahkan perasaan kat kak nurul & kak cik. Cececeyy. Mesti hampa perasan noh kalau baca ni :p esok pagi tu, aku pi ikut depa pi kerja. Haa ni aku nak promote sikit. Hampa besa dak makan tutti fruiti? Sedap en? Tapi mahei dak? Haa kalau hampa teringin tapi cam tak berapa nak sanggup keluarkan duit yang banyak untuk semangkuk kecik yogurt, hampa mai la yoguroom. Makngah aku baru ja bukak kedai ni kat Tingkat 1, Medan Selera, Ole-ole, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Kezen aku kerja situ. Yogurt ni baguih gak la untuk usus sebab dia ada bakteria baik. Pastu memacam la benefit dia. Try la dulu eh. Memang affordable la hehe.



K dah melalut gila cerita sampai kemana dah. Maklumlah dok dalam bas ni cam bosan sikit so aku pun menaip je la. So dalam pukul 1 cemtu, mak ngah hantaq aku pi stesen bas dan aku pun naik la bas ni lulz. Dalam bas ni aku pikir aku dapat dok sorang. Rupa2nya ada laki dok sebelah seat aku. Memula tu cam err. Tapi takpelah, aku bukannya nak buat benda mengarut pun. Aku sembang dengan dia pun tak. Cuma masa memula tu jela aku tanya dia nak pergi mana. Dia kata kulim, kedah. Aku pun oo jela. Ahaha pastu dah tak sembang dah. Bas tu gerak dari seksyen 17 pastu berenti kat klang sentral amek orang pastu rasanya dia tak berenti dah kot sampai kat rnr mana tah. Takda line langsung. Nak turun kencing aku tak berani. Takut kena tinggai. So aku dok jela & makan ja apa yang ada. Pastu sat tidoq sat bangun sat hujan. Sejuk gila do. Nasib baik ada tuala. Aku cover dengan tuala je la yang mampu. Pastu aku rasa cam lama gila nak sampai. Aku pikir sampai pukul 6. Pukul 6 sengah pun baru sampai taiping.

Haa takpe ah. Biar lambat, asal selamat. Kehkeh. Pastu dalam pkl 8 sengah cemtu baru sampai parit buntar. Sampai2 tu pi tandas dulu ahaha pastu pi surau qada' jamak semayang tadi. Pastu iwan amek. Pastu teruih pi econsave beli barang utk kenuri afiq sunat. Memang best la bila dapat jumpa family balik. Dok bertekak ja dengan afiq. Maklumlah, aku kan dok jauh. Time2 ceni ja la nak bertekak ka gaduh ka en. Pastu balik rumah. K, aku menaip dalam bas sampai rumah. Hehe.

Saja suka cerita apa yang aku buat cemni :) instead of cerita kat orang pastu takda respons. Blog aku en, aku punya suka la nak update apa pun hehe.

Ktuje kbye.

Alia, 
30 Mei 2014,
From Shah Alam to Parit Buntar,
Thanks for reading, xoxo.

29 Mei 2014.

Assalamualaikum semua.

Tika ini aku berada di sebuah kem perkhemahan. Kem yang jarang sekali aku ikut. Takut juga rasanya nak ikut pada mula tapi bila memikirkan yang aku patut tambah aktiviti masa cuti dan ingin menambah pengalaman baharu, maka aku turutkan. Oh ya, kenapa aku menaip dalam bahasa melayu tinggi? Zzz

Masa tengah taip ni, ketahuilah bahawa takda line langsung. Umobile takda. Celcom satu bar. Maxis entah lah. Aku bukan pengguna maxis. Rasa mahu publish terus tapi takpalah, malas pula minta password wifi. Taip lepastu save dulu lah.



Sekarang ni pukul 3 pagi. Dan aku ada kat tempat memula daftar tadi. Kalau diikutkan jadual, skrg ni dah lena dalam khemah tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Guruh berdentum tak henti dah buat aku risau gila bak ang. Sheera ckp, "kalau keadaan cemni nak hujan lia oi. Angin takdak sangat. Langit gelap ja." aku mengiyakan je. ah dia dah biasa dengan laut, mesti dia lagi tau drp aku.

Dan apa yang ditakutkan itulah yang menjadi kenyataan. Time semua tgh tidoq, kami dok sembang lagi. Baru 1 setengah. Nak tido apa ahaha. Lepastu, tetiba dengar guruh lagi. Aku dah cuak. Cepat2 capai tudung sarung. Dan yes, hujan mula turun renyai2. Aku yang tak biasa dengan hidup dalam khemah, dah gelabah. Kalau tempias cane en waduhh. Dan disebabkan aku ada kat hujung sekali maka aku dapat rasa air hujan kena muka aku. Aha! Aku lah yang pi jerit dok suruh kemas barang. Semua beg balut dalam selimut.

Lepastu hujan lebat!

Time ni dapat dengar semua kena pi berteduh. Aku, aina, sheera, zati kelam kabut angkut barang. Drp khemah pi dewan yang takda dinding. Selamat jugak lah kami menghayun barang yg berat gila nokrom tu. Time ni adik-adik yang dok mamai tu gelabah jugak lah. Dok redah hujan la aku pi selamatkan depa.

Time ni en rasa macam kena bencana banjir kilat. Wuish. Air naik bhai. Khemah semua runtuh habeh. Alhamdulillah lah semua selamat pi berteduh. Dan time2 ceni aku rasa semua bersatu :')

Nah,



















Sekarang dah 3 lebih. Bebudak ni tak reti nak tidoq haih. Siap makan lagi. Dah lah, aku nak rehat. Esok tak terjaga payah pula. Harap semua berjalan dengan lancar esok. Assalamualaikum.



Alia Ahmad, 
29 Mei 2014,
3 pagi,
Chalet Impian, Teluk Batik, Perak.



P/s: Cabaran itu dugaan paling manis untuk mematangkan kita.