Ye, aku nak sambung cerita tertangguh drp entri yang lepas. Erm, aku taktahu nak mula drp mana sebab kronologi cerita ni begitu panjang. Maka, dipendekkan cerita aku cuma cerita apa yang jadi hari ni jelah ek. Kalau nak tahu cerita panjang, mohon tanya secara direct ke aku. (acah acah femes sgt sampai org nak tanya ftf je -_-)
Dua hari lepas nama aku dipanggil masa perhimpunan. Dengar cerita pengetua nak jumpa. Memang ye pun lah. Masa berkumpul tu baru lah aku kenal muka
"Wow tak sangka dapat berdamping dan tergolong dengan orang hebat. Padahal aku ni biasa-biasa je"
Acapkali aku ingatkan diri, walau kita rasa kita ni hebat mana sekalipun, tetap akan ada insan yang lebih hebat drp kita. Maka, janganlah mendabik dada dengan apa yang ada sebaliknya berasa rendah diri dengan secebis ilmu kurniaan Tuhan.
Kami dikumpulkan disebabkan prestasi yang meningkat dalam peperiksaan pertengahan tahun. Dan tak sangka nama aku tercalon. Syukur Alhamdulillah. Padahal aku tak belajar pun sebelum exam tu. Main je banyak hahaha. Jadi time tu, pengetua mcm biasa lah, buat kerja dia, bagi kitorang kata-kata semangat, suruh mak bapak dtg masa hari interaktif (4 julai), bagi lagi kata dorongan, dsb. Memula tu mmg la rasa terbeban sikit sbb aku ni mmg tak boleh byk tekanan. Kalau tak nnt, aku mesti buat benda yg tak sepatutnya *facepalm* tapi aku cuba berfikiran positif. Mungkin ni cara Allah nak tolong aku. Selalu aku berdoa padaNya supaya bantu aku dalam penghijrahan ini, agar aku berjaya menjadi orang baik-baik. Mungkin melalui cara ini agaknya, doaku diterima. Alhamdulillah lagi :)
Maka balik tu, aku call abah. Aku tanya abah boleh dtg ke tak dr KL. Abah kata tak boleh. Dia kerja. Dan aku ni pulak bukannya jenis memaksa mak abah. Aku tahu abah sibuk kerja utk bersara tahun depan. Aku tak pernah complain pun (yeke? :p) tapi bila cikgu-cikgu yang nak kena bentangkan prestasi aku bertanya 'mak pak awak dtg tak?' aku jadi cam sedih lak. Aku ni sensitif sikit when it comes to my parents. So aku jawab gak ar apa yg cecikgu tanya dengan hati yang penuh tabah dan jitu.
"Mak ayah awak dtg tak?"
"Err, tak."
"Laa.. Kenapa tak dtg? Nnt saya nak bentangkan pasal awak dekat sape? Takkan dekat awak?"
"Mak ayah saya dok KL. Ala, cikgu bentangkan je dekat saya hehe *sengih*"
"*buat muka* habistu awak duduk dengan sape?"
"Opah."
"Opah awak tak boleh dtg?"
"Takde transport la cikgu."
K sampai sini je. Dan dialog di atas berulang lagi dan bertambah panjang dalam bilik gerakan. And yes, my tears is about to stream down my face but i try to hold it and answer all their soalan sambil sengih. Dah la guna microphone. Apak maluuu. Tapi nasib baik lah, bila pengetua nak tanya lelebih lagi pasal aku, ada ramai cikgu yang mengajar aku back up aku. Mekasih cikgu! :')
Bila program tu start je, aku dah mula menconteng dekat buku aku. Aku tengok budak lain tak bawak buku atau serpihan kertas langsung. Omg dorang ni boleh ingat ke apa yg cikgu nak cakap zzz aku ni ada masalah cepat lupa. Tu yang abah selalu pesan suruh tulis tu kehkeh.
Ni lah hasilnya sejak pukul 8.30 pagi sampai 11.30. Menung aku dalam tu. Dah la turn aku last sekali sebab mak pak tak dtg. Pape pun redha jelah ek. Dan aku rasa turn aku paling kejap je sebab semua tengah kejar masa nak habiskan program. Aha siot. Tapi pape pun segala input dan output yang cecikgu bagi dan eksplen dekat pelajar lain, ibu bapa opah dorang, kebanyakannya aku salin. Tapi yang penting jelah. Dan sekarang ni still fresh dalam otak aku, apa yang cikgu mengajar aku tu cakap. Tu pun nasib baik salin. Kalau tak, aku tak ingat hahahaha. Jadi untuk mengelakkan aku lupa & nostalgia pada masa akan datang, maka aku nak selit sikit nota yang aku salin tu hewhew *muka poyo*
SEJ
-Cikgu pesan suruh banyak membaca. Lagi-lagi bahagian esei. Pastu kena buat banyak latihan past year. Dan aku kena banyak study form 4. Sebab cikgu kata soalan yang banyak aku tinggal dari form 4. Hahaha form 4 dah la aku tak belajar langsung. No wonder la en. Keh
ENG
- Kena banyak membaca bahan dalam english sebab macam teruk gak la essay aku. Yang lain tu takde mende sgt. Cikgu banyak puji aku je hehehe. *tutup muka* cikgu kata aku fokus dalam kelas. Dan aku ni lain dari yang lain hahahahahahahahaha malunya bye
BM
- Alia takde masalah dari segi tumpuan dalam kelas. Cuma karangan tu kena banyakkan pengolahan supaya jadi luar biasa dan menarik. Kena banyak masukkan pendapat/ kata-kata tokoh/ ungkapan menarik/ peribahasa. Tatabahasa tu pun kena banyak betulkan jugak. Pastu cikgu pesan suruh baca majaah Dewan Masyarakat & Dewan Siswa. Sebab majalah tu banyak isu nasional.
PI
- Alia ni memang bagus budaknya *sekali lagi sengih tutup muka* sangat lain dengan budak kelas dia yang lain. Selalu bagi tumpuan dalam kelas. Tapi alia kena banyak atasi kelemahan yang lain. Kena banyakkan buat latihan. Ktuje
PD
- ((Sama gak macam ustazah cakap)) ^
MT
- ((sebelum cikgu nak start cakap ni, aku dah sengih dah hahahaha sebab math aku dapat 40 E HAHAHAHA bye))
- cikgu cakap walaupun dapat markah rendah, jangan mengalah. Anggap semua ni cabaran!
- kalau ada masa nanti jumpa dia. bincang mana yang lemah.
- Alia kena kuatkan semangat sebab jauh dengan mak ayah. kalau rindu sangat, alia anggap je cikgu ni mak kamu. ((wahahahaha))
- Kena rajin usaha lagi.
- Kena faham konsep. Buat latihan banyak-banyak.
- Kalau nak berjaya, kena usaha.
- Kena ada kertas kerja setiap kali belajar math.
- Nak berjaya ni bukan senang.
Ni je yang aku ingat. Cikgu math punya speech panjang gila sebab cikgu ni suka bagi motivasi hehehe. Ni kalau cikgu terbaca ni, mampuih akuuuu.
Subjek lain, EA, TW, SN, cikgu aku takde sebab ada urusan lain. Orang lain semua complete cikgu dia. Waaa bapak sedih tak cukup kasih sayang tsk tsk...
Papepun, aku tetap bersyukur sebab ada orang tetap ambil berat pasal aku. Pujian yang lain tu aku simpan untuk diri sendiri jelah ek. Over nau sampai nak nunjuk-nunjuk wkwkwkw. Astagfirullah al-adzim. Sesungguhnya pujian tu melemahkan iman. Dan part aku selalu bagi tumpuan tu maybe sebab aku dok depan & got no one to talk to since org sebelah aku pun diam je. Dan salah satu tips yang boleh aku share, tu je lah.
FOKUS DAN BAGI TUMPUAN SEPENUHNYA DALAM KELAS.
Bila aku fokus, jadi benda tu senang nak masuk. Sebab kat rumah aku tak belajar pun. So bila time exam tu, aku banyak recall time belajar je la. Teruk nauu. Jadi, iktibar yang boleh aku conclude daripada semua ni, kena banyak buat latihan. Cikgu ramai nak tolong aku. Kuatkan semangat. Jangan pikir nak balik KL je. Doa banyak-banyak dekat Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia. Tu yang aku tengah cuba buat sekarang. Doakan aku istiqamah. Doakan aku kuat semangat. Insya Allah, malaikat akan doa balik untuk korang. Syukran :)
Jazakallahu khairan kathira.
Thx for reading.
Semoga Allah kuatkan semangat kita.
Semoga Allah kuatkan Palestin.
Semoga kita sentiasa berdamai antara satu sama lain.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment