Hari ini 14 Ogos 2014 di jam 2 petang. Sangat menarik tarikh hari ni hihi. Entah mengapa sejak dua menjak ni hati rasa bahagia pula setelah hampir seminggu aku berduka lara. Aku merasakan ini dugaan buat diriku yang hendak berperang dengan spm. Aku merasakan dunia seperti tidak adil. Kenapa sejarah harus berulang di saat aku hampir kecapi saat bahagia? Kecewanya aku tika itu. Deritanya rasa.
Namun setelah bertafakur dan dinasihati, akhirnya aku sedar akan sesuatu. Allah ingin melihat sejauh mana aku bersyukur terhadap nikmat kurniaanNya. Allah ingin sesuatu daripadaku. Rintihan dan air mataku. Pujuk rayu dan aduanku. Hmm. Aku sangat susah mengalirkan air mata apabila berada pada tahap sekarang. Aku terlalu ego barangkali. Mungkin juga kerana penderitaan dan kekecewaan lama membuat aku sedemikian. Hmm entahlah.
"Asal aku ceni doh? Apa salah aku? T_T"
"Mungkin Allah nak kau kembali padaNya. Allah nak dengar doa hambaNya."
"Aku solat. Aku doa. Apa lagi yang tak cukup? T_T"
"Mungkin masa kau solat, kau tak khusyuk. Mungkin masa kau doa, kau tak ikhlas. Hati kita time tu kena ingat Allah je. Jangan ingat lain."
*petikan perbualan bersama seorang sahabat*
Sentap seketika.
Apa aku lalai selama ni? Apa aku tidak ikhlas selama ni? Astagfirullah al adzim. Syukur Allah menyedarkan aku. Aku masih berkesempatan untuk kembali padaNya. Aku masih berpeluang untuk bernafas lagi. Aku masih berpeluang untuk membuka lembaran baru dan berhijrah. Terima kasih ya Allah :)
Terkadang dalam hidup ini, kita sering mencari sesuatu yang hilang. Hinggalah suatu hari tu, Allah limpahkan kita sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ketika itulah, Allah meminta kita untuk bersabar dan solat. Dan Allah akan memberikan kita jalan penyelesaian yang kita tidak sangkakan! :) wallahualam.
No comments:
Post a Comment