Tika ini aku berada di sebuah kem perkhemahan. Kem yang jarang sekali aku ikut. Takut juga rasanya nak ikut pada mula tapi bila memikirkan yang aku patut tambah aktiviti masa cuti dan ingin menambah pengalaman baharu, maka aku turutkan. Oh ya, kenapa aku menaip dalam bahasa melayu tinggi? Zzz
Masa tengah taip ni, ketahuilah bahawa takda line langsung. Umobile takda. Celcom satu bar. Maxis entah lah. Aku bukan pengguna maxis. Rasa mahu publish terus tapi takpalah, malas pula minta password wifi. Taip lepastu save dulu lah.
Sekarang ni pukul 3 pagi. Dan aku ada kat tempat memula daftar tadi. Kalau diikutkan jadual, skrg ni dah lena dalam khemah tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Guruh berdentum tak henti dah buat aku risau gila bak ang. Sheera ckp, "kalau keadaan cemni nak hujan lia oi. Angin takdak sangat. Langit gelap ja." aku mengiyakan je. ah dia dah biasa dengan laut, mesti dia lagi tau drp aku.
Dan apa yang ditakutkan itulah yang menjadi kenyataan. Time semua tgh tidoq, kami dok sembang lagi. Baru 1 setengah. Nak tido apa ahaha. Lepastu, tetiba dengar guruh lagi. Aku dah cuak. Cepat2 capai tudung sarung. Dan yes, hujan mula turun renyai2. Aku yang tak biasa dengan hidup dalam khemah, dah gelabah. Kalau tempias cane en waduhh. Dan disebabkan aku ada kat hujung sekali maka aku dapat rasa air hujan kena muka aku. Aha! Aku lah yang pi jerit dok suruh kemas barang. Semua beg balut dalam selimut.
Lepastu hujan lebat!
Time ni dapat dengar semua kena pi berteduh. Aku, aina, sheera, zati kelam kabut angkut barang. Drp khemah pi dewan yang takda dinding. Selamat jugak lah kami menghayun barang yg berat gila nokrom tu. Time ni adik-adik yang dok mamai tu gelabah jugak lah. Dok redah hujan la aku pi selamatkan depa.
Time ni en rasa macam kena bencana banjir kilat. Wuish. Air naik bhai. Khemah semua runtuh habeh. Alhamdulillah lah semua selamat pi berteduh. Dan time2 ceni aku rasa semua bersatu :')
Nah,
Sekarang dah 3 lebih. Bebudak ni tak reti nak tidoq haih. Siap makan lagi. Dah lah, aku nak rehat. Esok tak terjaga payah pula. Harap semua berjalan dengan lancar esok. Assalamualaikum.
Alia Ahmad,
29 Mei 2014,
3 pagi,
Chalet Impian, Teluk Batik, Perak.
P/s: Cabaran itu dugaan paling manis untuk mematangkan kita.
No comments:
Post a Comment