Ahaha lama tak menulis dan menaip jadi cemni bahasa aku kehkeh. Jumaat lepas 16 Mei jadi tu hari untuk menyelebret cikgu cikgu! Setahun sekali je Hari Guru enn. Erm ada yang nak keluarkan fatwa tak yang hari guru haram disambut sebab pengorbanan guru harus dikenang setiap hari? :p kahkahkah. Maap ya. Saya cuma merujuk insiden hari ibu tempoh hari. Banyak betul fatwa baru dia laman muka buku mahupun burung biru apatah lagi instakilometricogram. Manusia ini macam-macam perangai. Alahai~
Dan ya, aku sebenarnya malas nak datang sekolah disebabkan ada sambutan hari guru. Tapi bila memikirkan tahun ni tahun last, maka ku lawan rasa hati. Hari guru di sekolah baru di kawasan luar bandar menyebabkan hatiku agak terusik. Kenapa hati aku sampai terusik? Adakah grand sangat sambutan dia ataupun suam-suam kuku je?
Ahaaa! Jawapan dia biar aku sorang je tahu :p nanti kalau ku mention disini tak pasal-pasal ramai marah aku pula. Ahaha ramai sangat dah ni benci. Duhh. Tapi sambutan tu not bad jugak la. Happening la jugak
! Lagi-2 bila klasmets aku perform atas stage.
acah je |
Dan ya, seumur hidup aku tak pernah bagi hadiah yang grand kat cikgu
Dan disebabkan masa masuk sekolah baru ni, aku dapat cikgu bm yang sporting jugak dan aku pikir ni tahun last nak buat jasa, maka aku pun gigih la keluarkan duit poket belikan hadiah tanda aku menghargai jasa beliau yang buat aku tak pernah rasa mengantuk dalam makmal bahasa :')
Dan bila cakap pasal cikgu ni tak lupa ada sorang cikgu aku masa form 3 yang aku akan ingat sampai bila-bila. Disebabkan 1 insiden beliau salah faham kat aku, maka tercetus satu perdebatan antara aku dan beliau. Di mana aku selama ni mana pernah tinggikan suara kat cikgu
Tapi tu masa form 3 dan berlarutan masa form 4 lah. Bila masuk form 5 ni rasa macam dah boleh berfikir dengan waras sikit. Dan disebabkan insiden tu lah,
Maka, saya disini ingin memohon ampun dan maaf kepada mana-mana cikgu yang saya pernah buat salah dan silap. Saya juga tak ambil hati apa yang cikgu dah lontarkan kepada saya (tapi bila teringat tu sakit hati kehkeh :p). Sebaliknya, saya ingin berterima kasih kepada guru-guru yang dah banyak menyumbangkan ilmu, kata semangat, motivasi dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa cikgu, siapalah saya. Mohon restu dan halalkan segala ilmu yang telah diberi ya!
Dan tak lupa kepada mak dan abah yang menjadi guru pertama saya yang telah mengajar nilai kemanusiaan dan norma kehidupan. Yang mengajar saya cara nak pakai baju. Cara nak tekan remote control bila nak tukar channel masa mak tengah masak. Cara nak sikat rambut. Cara nak susun jadual, dsb. Juga tak lupa kepada abang, abang, abang saya yang dah banyak mengajar saya cara nak naik beskal, cara nak main game, cara nak kapoq kasut, cara nak main bola, cara nak wrestling, cara nak masak, dan byk lagi cara2 nak survive.
Kepada opah dan arwah tokwan yang mengajar saya cemana nak semayang, baca Quran, kemas katil bila bangun tidoq, cabut rumput, siram pokok, dsb saya ucapkan thank youu. Tak lupa gak maktok, maklong & paklong, paklang man, paksu maksu, ayahlong & maklong, makngah & ayahngah, pakcik & makcik, paksu & maksu, sekeluarga, serta sepupu sepapat yang dah banyak membantu dan mengajar saya.
Dan kepada cikgu memandu, pakcik makcik yang saya terserempak secara tetiba dan sudi sembang dengan saya dan bagi pelbagai tips kehidupan, abang driver bas rapid, pak guard sekolah, dan semua yang pernah menyumbangkan ilmu, terima kasih saya ucapkan atas segalanya :')
Entry ni dah macam
SJK (C) Sin Hwa, Parit Buntar, Perak.
Tadika Seri Indah Jaya, Jalan Ipoh, KL.
SK Kampung Batu, Jalan Ipoh, KL.
SRA Ampat Tin, Batu Muda, KL.
SK Baru Parit Buntar, Perak.
Madrasah Hidayah, Parit Buntar, Perak.
SK Taman Melati, Setapak, KL.
SRA Bumi Hijau, Setapak, KL.
SMK Taman Melati, Setapak, KL.
SMK Seri Gombak, Taman Greenwood, Selangor.
SMK Seri Samudera, Seri Manjung, Perak.
2003-2014.
Terima kasih cikgu, ustaz, ustazah, akak & abang fasilitator, kaunselor, pengetua, cikgu motor, incik jpj, pak guard, dan semuaaaa~! Jasamu kukenang, budimu kusanjung.
No comments:
Post a Comment