Saturday, 26 April 2014

Feb.

**entri ni sebenarnya dah diupdate lama cuma tak sempat di-publish di atas kesibukan bila on laptop je mesti bukak benda lain lepastu dah takda mood nak update blog ahaha maaf ya.
__________________________________________________
Assalamualaikum.

Dah masuk bulan Mac dah pun. Cepatnya masa berlalu. Lagi cepat masa pergi, lagi cepat la nak spm. Ahaha. Entri lepas aku kata nak cerita pasal surat yang aku dapat kan? Um well. Bila dah lelama ni rasa macam dah basi pulak nak cerita -.- okay lah aku cerita juga. Mana tahu nanti bila dah besar, baca balik mesti teringat kenangan tu. Hihiks.

Masa awal-awal aku masuk kelas baru aku tu, ada la sorang budak ni nama AM (bukan nama sebenar). Dia macam nak rapat-rapat dengan aku. Memula tu aku cam tak kisah sangat lah. Mungkin dia nak kawan dengan aku ataupun dia asyik tengok aku dok sorang je kan --' so first & second week tu dia macam baik lah dengan aku. Ajarkan aku math, kenalkan pasal sekolah & orang2nya, ajak aku masuk silat, macam2 lagilah.

Tetibe masa nak masuk third week tu, dia bagi aku surat. Dia suruh reply kat rumah lepastu bagi balik kat dia masa datang latihan silat. Balik tu aku baca lah. Aku terus gelak guling-guling macam tenggiling sambil pegang perut tergelak. ROFL kateko. Pehhhh. Lawak siot. Aku bukan nak kata lah kan. Tapi macam tak matang siot. Masuk bulan ni baru aku tahu yang tu memang trick dia nak tackle budak baru. Kahkahkah. Tp pls ah. Outdated kot. Aku siap cerita lagi kat semua orang psl ni. Mak, abah, abang3, opah, sepupu2, member melati, rakan gombak. Ahaha. Ayat dia gentle jiwang karat.



Benda ni takde la kelakar sangat tp bg aku sangat kelakar sebab ni memang style orang dulu dan tersangat outdated. Tak boleh ke mesej je kan? Hahaha. Tak lama lepastu aku ckp dgn dia. Aku taknak couple. Tp kalau boleh aku nak kahwin terus. Aku taknak buang masa. Dan aku nak cari cinta lepas spm. Bla3. Masa aku ckp tu en, air mata dia mcm bergenang kot. Peh. Luluhnya hati seorang lelaki.

Beberapa hari lepastu, dia mesej aku lah apa lah. Ayat dia pehhh! Kejap saya awak. Kejap aku ko. Apa lah. Aku pun siap screen shot lagi pastu sent kat grup whatsapp sepupu aku. Mmg jadi bahan ketawa lah dia ahaha. Maap ya :D ahaha.

Sejak drp tu, dia dah tak macam dulu. Takde lagi nak sembang kencang dgn aku. Takde nak ajar math sampai aku faham. Takde dah semua tu. Nyata lah aku yang selama ni dia hanyalah berpura-pura untuk dapatkan aku atau dia benar-benar ikhlas? Haa jawab lah ko.



Dipendekkan cerita, aku tahun ni cam kalau boleh taknak ah couple. Luka di hati pun belum sembuh lagi haa. Kalau setakat nak jadi scandal aku tu okay lah. Aha scandal kat sini maksud dia macam sandal lah. Aha tak serious tak memain. Sandal pakai kat mana? Kaki kan? Cemtu la jugak scandal. Lagi-lagi bila dah kahwin lepastu ada scandal en. Ni dah macam melalut jauh dah ni en aha. Lagipun couple banyak menyebabkan munculnya kemaksiatan. Hampa pepaham sendiri la noh. Ada akal fikiran, fikirlah.

Kepada insan yang menghantar surat dan menceriakan suasana sebelum ni, aku ucapkan terima kasih. Di sini tiada niat pun nak malukan kau. Cuma aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa dan mungkin bila ko baca balik blog aku ni nanti bila kau dah besar, kau akan rasa macam kelakar dan tak matang sangat k. Ahaks!

Nota selit: Zaman remaja tu zaman paling best. Nikmatilah setiap detik itu :)

No comments:

Post a Comment