Monday, 17 November 2014

A Reminder for Myself. #1

Nanti bila dah kahwin, kalau bawak anak-anak & mak keluar makan, jangan leka main handphone. Depan aku ni ada satu keluarga. Makcik tu dah habis makan & tengok je anak-menantu & cucu dia. Si laki tu tak pasti lah anak ke menantu dia tapi asyik dok mengadap hp je. Sama dgn isteri dia. Anak dia dua orang tgh mkn tp sesekali pndg mak bapak dia. Okay apa yg aku nak sampaikan ialah aku kesian tgk makcik yg tercengang taktahu buat apa tu. Aku teringat kat mak tok & opah. Dan dlm masa yg sama aku bayangkan diri aku kt tmpt makcik tu. Mesti sedih. Sepatutnya keluar makan, sembang2 ke apa en. Ni tak. Hmm lantak kat depa lah kan. Tapi aku teringat bila keluar dgn family belah mak, mak tok, long & mak riuh sembang mcm nak bg 1 kedai dengaq. Kami sepupu sepapat sesekali mencelah sambil bergelak tawa, usik-mengusik. Alangkah bahagianya saat itu. Ktuje.

-Alia, 16/5/2014, Pasar Komuniti & Karavan.

No comments:

Post a Comment