Friday 31 May 2013

Yanks.

Sudah lama ia bertahan. Sudah lama juga ia menanggung kesakitan. Akhirnya, ia kalah juga. Peritnya cuma ia yang rasa.

Sel-sel yang baik habis diserang virus dan bakteria. Sistem pertahanan habis rosak. Paru-paru makin sarat dengan Encik-encik yang anti dengan Mucinex. Sistem pernafasan juga teruk. Kadang-kadang ia berfungsi dan kadang-kala ia tidak berfungsi. Terpaksa bernafas guna mulut.

Ada juga yang berkata faktor ini disebabkan cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan seseorang itu sering terkena demam, batuk, selsema dan sebagainya. Sesuatu yang aneh juga bagi aku. Macam mana cuaca yang menyebabkan sedemikian sedangkan dari kecil lagi kita dah memang biasa hidup dengan iklim khatulistiwa? Mungkin kefahaman aku tidak begitu kukuh lagi. Aku perlu belajar dan kaji banyak lagi tentang ini.

Begitu complicated pendahuluan aku padahal aku cuba nak cakap yang aku tengah demam lol. Sistem antibody aku selalunya kuat. Mungkin aku didik dorang untuk bekerja keras sampaikan dorang dah biasa menahan kesakitan. Cehh. Tapi hakikatnya memang begitu. Setiap kali hujan atau terkena apa-apa, sistem ketahanan badan aku tetap kukuh dan sel-sel semuanya bersatu teguh. Haha.

Namun, tiada apa yang boleh aku buat untuk melawan takdir. Kalau demam tu nak datang, aku mengalu-alukan je lah haha. Time tu baru lah tahu nak bersyukur nikmat kesihatan yang Allah bagi. Haih. That's why la time sihat kena banyak ingat Allah. Barulah time kita sakit Allah ingat kat kita :') hehehe.

Hidup aku agak serabut dalam 5 hari cuti ni. Buku sekolah satu pun aku tak sentuh. Apatah lagi homework math & bm yang cikgu bagi hari tu. Semuanya aku tinggalkan dan sehelai sepinggang je kat sini.

Isnin haritu, aku kena jaga kedai. Pastu Selasa ritu, aku ikut Makcik Maisitah (Datin :p), Encik Aziz dan seorang lagi pakcik tu apatah nama dia aku dah lupa, buat sikit ceramah dekat kedai. Seperti biasa, aku tak ambil kesah pun lol. Dorang promote produk Kels tu. Aku tak berapa minat dengan program pelan pemasaran ni. Apatah lagi produk baru ke ape ke. Aku cuma boleh tolong mak jual barang NR & Stevia je kat kedai ni. Yang lain aku tak begitu berminat. Dan Alhamdulillah juga time cuti ni takde ekspo untuk aku jaga. Kalau tak, memang tenaga tak cukup lah wey. Haha. Aku cuma dengar je lah pasal apa yang dorang cakap tu. Rabu pun sama jugak. Pastu Khamis, dorang dah balik KL balik. So aku rest kejap kat rumah while kak hawa & mak yang jaga kedai. Sungguh membosankan duduk rumah. Kerja aku asyik karaoke party je haha. Pastu malam, online ah. Tak sangka yang aku chat dengan Danial pasal crush aku dan berkongsi perasaan dengan dia lulz. Sebelum ni jarang kalau borak dengan dia cakap pasal ni. Dan dalam masa yang sama, aku battle karaoke dengan Sarah Shafiqah :D suara dia dah lah sedap ((serious)) sampaikan semua battle dia dapat high score kecuali satu lagu je aku menang. Aku rasa maybe sarah tak menyanyi ataupun dia bagi peluang untuk aku menang. Aku tetap happy untuk tu. Pastu Jumaat, aku jaga kedai macam biasa dan malam aku menaip hehe.

Actually, kebanyakan entri aku taip dekat fon dulu pastu save as drafts. Bila on laptop baru publish. So no wonder lah kalau aku onl blog, aku banyak publish entry lebih daripada 1 (2 atau lebih) :D

Lets www.karaokeparty.com ;)

Bye.

Wednesday 29 May 2013

Cergila.

Pada suatu hari....

Aku sedang berjalan-jalan sambil melayani perasaan yang tidak menentu. Fikiranku berkecamuk. Hatiku bagai dirobek-robek. Woah! Tak sangka betul hati itu boleh dirobek secara literalnya. Aku duduk sebentar di bangku di taman itu sambil melihat keletah kanak-kanak yang bersuka ria bagaikan tiada masalah yang perlu difikirkan. Seketika itu, datang seorang lelaki berjogging di hadapan ku. Lantas, dia berhenti dan berundur kembali ke kerusi ku. Dia melihatku lalu bertanya,

"Eh ni alia kan?"

Aku mendongak sambil melihatnya. Tinggi sangat. 

"Ya, kenapa? Kenal saya kah?"

"Mestilah kenal. Alia ni kan yang selalu naik basikal keliling taman dulu kan?"

"Err.. Rasanya saya tak pernah bagitahu orang apa nama saya. Saya naik basikal je. Awak ni siapa?"

"Eh yeke. Haha. Saya Aiman."

"Hah? Aiman Hamiezan ke ni?"

"Eh tak. Saya Aiman lain. Rasanya mesti awak kenal Wan Syahmie kan? Dia yang banyak cerita pasal awak. Erm tak silap saya, saya ada perasan nama Aiman Hamiezan tu dekat FB awak dulu. Erm awak kenal dia ke?"

"Err um kenal la sikit-2. Eh awak kenal Wan Syahmie? Nama dia bukan Zackyludin ke? Haha saya panggil dia Emy."

"Tu nickname dia lah. Eh awak taknak bagi saya duduk ke? Penat berdiri ni. Hehe."

"Awak yang taknak duduk kenapa? Duduk atas rumput tu. Haha."

"Jahatnya :( *buat muka comel* eh awak dah makan? Saya lapar. Jom teman saya makan depan tu."

Bersambung ...

Sunday 26 May 2013

Rindu.

Tadi bosan gila nak mati so aku pun explore lah apa benda yang boleh di explore. Dan aku jumpa blog lama Tia :D last updated masa dia form 2 haha. Memang tak matang gila ayat dia semua. Dan aku sempat snipping part yang best untuk diingati. Cehh


klik untuk bagi besaq

OMG! Time form 2 dulu aku rapat sikit dengan tia sebab aku dok sebelah dia. Tengok ah siap buat video untuk aku lagi tau haha. Perasaan terharu tu kunjung tiba semula haha.

[ Link ]





Oh ya, Tia pesan jangan tengok dan baca tapi umm err arr tak boleh nak stop. Hahaha. Sangat tidak matang weh haha. Bila tengok gambar semua tu, teringat. We were really close together :') I miss 2M 2011. 

Xoxo.


Hohoholiday.

Hi peeps!

Hows ur holiday? Is it going good or not? If it's not turn out well, go out and do something productive :)

Actually, I already made a to-do-list & a lot of plans for my holiday but then everythings changed haih.

3 weeks before cuti, aku dah plan macam-macam tapi semua hancur cemtu je bila start cuti hmm. Mula-mula aku plan nak dok dengan opah kat manjung. At least, aku dpt berkebun or tolong tanam ubi dengan opah ataupun mengaji & tambahkan amal ibadat, ikut opah pi marhaban, study, tolong kak nurul dekat salon, & macam-macam lagilah. Tapi mak abah tak bagi. Haih sedihnya. So aku tukar plan aku. Aku nak belajar kemahiran dekat giatmara. Mula-mula nak ambil kursus menjahit tapi tak cukup orang so aku kena ambil kursus spa. Time tu aku dah macam orang kena histeria sebab tak percaya gila yang aku kena ambil kursus spa hahaha. Tapi bila fikir dari sudut positif, okay apa :) at least aku dapat tambah pengalaman dalam bidang yang tak pernah aku ceburi. Hehe

Tapi semuanya hancur sekali lagi bila hari jumaat tu aku kena balik kampung dan tolong jaga kedai. Aku rasa hidup dan impian aku diperkotak-katikkan. Aku rasa sedih sangat. Dah la aku dah hantar borang tu dekat cikgu pastu tak jadi pulak. Bukak sekolah nanti mesti aku kena sound gila-gila punya. Pastu aku gaduh lagi dengan cikgu. Ah setan. Semua taknak sokong cita-cita aku. Semua condemn apa yang aku nak buat. Sedih weh.

Pastu 25/26 Mei 2013, aku kena ikut abah pergi reunion sekolah dia dulu kat Kedah. Bapak bosan gila weh. Part makan tu best ah. Yang lain tu macam hancus gila. Aku mogok taknak tangkap gambar walaupun aku bawa camera & tripod. Aku taktahu kenapa aku jadi malas. Faktor hormon kot haha. Serious bosan. Aku tak dapat nak menikmati keseronokannya. Hmm

So esok isnin 27/5/2013. Aku harap ada benda yang produktif yang boleh aku buat & enjoy benda tu :)

Bye.

Friday 24 May 2013

13-5-13.

Masa makan tadi, abah tanya aku.

"Dekat sekolah ni hang ada kawan tak?"

"Kawan biasa-biasa ada lah. Awat?"

"Kawan rapat takdak? Yang macam dekat melati dulu?"

"Rasanya kawan biasa-biasa dulu elok kot. Sebab hari tu alia hampir kena pengaruh benda buruk. Tu yang ambik safety step tu. Tapi yang rapat sikit tu ada la dua orang. Hat len semua kawan besa ja."

"Hang kena pandai bergaul la ngan depa. Biaq nanti hang ada memory sket bila dah besaq."

"La ni pun tengah dok buat memori la ni. Awat abah tanya? Dulu abah pendiam ka?"

"Takdak la pendiam. Cuma dulu dalam kelas, budak pandai kawan dengan budak pandai ja. Budak bodo kawan dengan budak bodo. Haritu abah pi reunion. Tapi depa punya berkerut nak ingat muka abah."

"Mesti la. Dulu abah kuruih. Sekarang dah len. Tu yang depa tak cam kot."

"Hahaha. Budak pandai dalam kelas abah dulu cerita masa reunion tu, dia sambung belajaq kat luaq negara. Lepastu balik jadi doktor ja."

"Ha elok la tu. Boleh tolong orang. Hehe."

"Hang ni tak habeh-2 dengan tolong orang. Tau la besaq nanti nak kerja jabatan kebajikan masyarakat."

"Lahhh apa salahnya. Kerja mulia kot."

*kunyah makanan*

"Masa abah cerita abah sambung belajaq kat mana dulu, depa semua terpegun dengaq cerita abah."

"Eh awat pulak?"

"Abah pun mana nak tau abah sambung belajaq kat mana. Lepaih habeh spm, sambung dekat singapore 1 sem ja pastu abah pi belayaq kapal. Merata dalam dunia ni abah dah pi jadi abah tak ingat abah sambung belajaq kat mana."

"Lol. Hahahaha."

Perkara seterusnya berkisar tentang sekolah, diskriminasi, budak pandai, budak bodoh, dan .... aku dah lupa.

Tapi part pasal kena cari kawan tu mcm mustahil je ._. Lulz kbye

Aku hampir buat benda tak elok sebab terpengaruh dengan kawan yang baru aku kenal dekat sini. Alhamdulillah aku sempat sedar dan kembali ke jalan lurus.

Nota selit: Aku rindu kawan lama aku dekat Melati. 

Untitled.

Kdg2 apa yg buat aku masih bertahan dlm dunia adalah sbb kematangan otak aku berfikir dari sudut lain. Aku byk mewarisi sifat abah dlm hal ni. Semenjak aku ditimpa byk mslh dulu, aku belajar utk berfikir sendiri. Dan salah satu perkara yg aku fikir dulu dan still teringat sampai skrg adlh bila aku tgk personaliti mak dan abah. Masa tu aku baru darjah enam seingat aku. Aku berfikir kenapa berbeza dari segi itu ini dan semua.

Dan kesimpulannya aku mendapati bahawa aku mewarisi pelbagai personaliti dari dua gen yang berbeza. Abah seorang yang penyabar dan pendiam. Aku rasa abah mewarisi sifat ni daripada arwah tok wan. Sebab tu lah jugak adik beradik aku ada yg penyabar. Cthnya abg iwan. Setakat ni aku tgk dia lah yg plg bersabar dlm segala hal. Aku tgk dia marah pun kdg2 je. Dan sifat tu ada turun dekat aku sikit. Hehe. Dulu aku ni lagi lah kurang kesabaran. Tapi semenjak aku dah matang sikit ni, aku dh dpt handle perasaan marah tu.

Kdg2 dlm keluarga aku nak tahu org tu marah ke tak, bila dia diam lama gila. Abah kalau dia marah dia akan diam dan tak bercakap langsung. Sampaikan time makan pun tak bersuara. Cuak aku. Haha. Sama lah dgn abg iwan dgn aku. Adik beradik yg lain tu mcm lahanat sikit lol.

Dan aku juga dapati yg mak aku byk ckp & agak kurang sabar. So ada pro dan kontra bila dua pasangan ini bersatu. Kdg2 psl benda kecil pun mak boleh marah. Dan aku rasa perangai tu turun dekat anak sulung dia dgn ketaranya haha. Dan secara tidak langsung aku pun ada perangai tu sikit. Dan nasib baiklah aku ni dari dua gen yg berbeza.

Jadi kesimpulannya, adakalanya aku ni pemarah & adakalanya aku ni penyabar. Faham kan? Hahahaha. Itulah yang kadang-kadang orang selalu salah faham dengan aku. Bila tengah tengok muka aku serius je, cakap aku pemarah. Padahal aku tengah fikir nak makan apa nanti, nak buat apa lepasni haha. People used to misunderstood my intention sometimes. That's why I suddenly become mad lulz.

Sebenarnya nak cerita panjang lagi tapi cukuplah untuk kali ni. Nanti orang bosan pulak nak baca pasal kehidupan aku ._. Lulz

Nota selit: Sebenarnya aku ni seorang yang baik tapi dalam masa yang sama aku boleh jadi jahat. Jelaskan penerimaannya? 

Cermin tu elok tak?

Prof Muhaya kata,

"Suami cerminan isteri. Isteri cerminan suami. Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

Bagai terngiang-ngiang di telingaku kata-kata itu.

Aku cuba untuk memahami kata-kata itu sekaligus mendalami maksudnya yang tersirat. Dan aku rasa aku dah faham apa yang prof selalu cakap dalam ceramah motivasi dan buku-buku dia. Lepas faham perkara tu, aku cuba 'adapt' kan dengan diri aku.

Dan aku rasa persoalan aku yang sekian lama ini sudah pun terjawab. Mungkin sebelum ni persoalan tu sentiasa ada jawapan klise yang aku bagi sendiri tapi sekarang aku boleh simpulkan segala persoalan tu dengan sebuah kata-kata yang cukup ringkas tetapi mendalam.

********************

Sejak aku kecil sampai sekarang, mak selalu cakap yang mungkin anak-anak aku akan buat benda yang sama dekat aku kalau aku selalu buat cemni dekat mak. Persoalan yang sentiasa bermain di minda aku time tu;

1. Apa yang aku dah buat kat mak?

2. Aku taknak kahwin ah nanti.

3. Kenapa mak cakap cemtu? Kata-kata mak tu kan satu doa.

4. Eleh, mak mesti pernah buat cemni kat mak dia. Sebab tu lah aku buat kat dia.

5. Aku taknak dapat anak nanti.

6. Takkan tu pun nak terasa?

7. Sedihnya hidup aku.

8. Duh penat aku fikir. Apa je yang aku buat kat mak sampai mak terasa dengan aku.

9. Asyik ayat ni je haih.

10. Boleh migrain aku cemni. Stres betul haih.

Ni di antara top 10 list yang aku dah compile daripada aku kecil sampai sekarang. Mak ni kadang-kadang dia sensitif sikit sebab tu lah aku cuak nak gurau ke ape dengan mak. Sebab takut mak terasa. Aku ni jenis kalau gurau, japgi yang kasar habis semua keluar. Tu yang payah tu. Walau bagaimanapun, aku tetap berusaha untuk berfikiran positif walaupun mak marah aku :')

Abah kata masa dia muda-muda dulu, dia suka travel. Aku rasa sifat tu ada turun sikit dekat aku. Aku suka 'berjalan'. Lagi best, berjalan sorang2. Abah kata masa dia travel tu pun dia sorang2 jugak. Kaitan cerita ni dengan kata-kata hikmah tu;

Aku ni suka berjalan mana-mana je yang aku rasa nak explore tempat tu. Dan aku lagi suka sorang-sorang sebab aku ni jenis yang tak berapa nak suka menyusahkan orang sangat. Kadang-kadang bila aku naik bas dan lalu tempat yang aku tak pernah jejak pun boleh dianggap travel :) dan sebab ini juga lah aku dianggap menyusahkan orang. Padahal benda ni adalah memang sifat abah sendiri. Nak je aku cakap kat semua orang yang suka marah aku tu, yang benda ni sikap keturunan dan nak juga aku cakap kat abah yang, 'alah abah dulu pun sama ja'. Tapi aku tak sanggup sebab aku lebih jaga hati orang daripada hati aku sendiri. (cehh puih -,-)

Kadang-kadang aku teringin jugak nak tahu perangai mak dulu macam mana sebab orang cakap mak aku ni masa dia muda dulu, lemah-lembut tapi aku ni kasar. So aku taktahu di mana silapnya cermin tu. Lol. Dan kadang-kadang aku rasa yang perangai aku yang suka melawan cakap mak ni turun daripada mak sendiri tapi bila aku tanya tok & mak long, dorang cakap mak aku takdelah melawan sangat. Biasa je. Cuma ada melawan sikit-sikit je (normal ah). Kalau tengok abah memang tak ah. Abah seorang anak yang mendengar kata :p sebab aku tengok dengan pancaindera aku sendiri macam mana abah treat opah. Superb gila.



Tapi aku tetap beriktikad (puih) dengan kata-kata tu. Aku cuba untuk jadi yang terbaik supaya bila aku dah ada anak nanti, aku akan tengok anak aku tu perangai macam aku :D hihihi

Ada di antara perangai aku yang aku rasa cerminan mak abah aku sendiri cuma aku je yang perasan tapi dorang tak perasan dan terus menyalahkan pengaruh rakan sebaya sebagai punca. Padahal aku lah yang paling gila di kalangan rakan sebaya tu. Hehe.

Masa zaman kegilaan aku yang mendalam terhadap kamera dulu, telah membuka mata abah & aku sendiri yang cerminan abah tu memantulkan diri aku semula. (Eh pelik pula ayat ni.) Minat tu turun daripada abah sendiri kepada anak sulungnya dan aku. Setelah aku rajinkan diri bertanya opah & adik beradik abah dan menyelongkar zaman purbakala, aku mendapati bahawa arwah tok wan & abah minat kepada kamera. Ada di antara dalam almari hiasan opah, terdapat beberapa kamera digital mahupun kodak yang abah beli guna duit gaji sendiri! Wow! Kagum aku time tu. Dan aku rasa itu memang cerminan yang paling tepat :)

Ada banyak lagi yang aku tak puas hati dan berpuas hati tentang 'cerminan' ni tapi sampai setakat ni dulu lah. Lain hari dan lain masa aku coret lagi.



Bye.

Nota selit: Secara logiknya, ada di antara minat ibu bapa itu sendiri yang akan turun dekat anaknya secara perlahan-lahan dan diam menyebabkan kadang-kadang seorang anak itu sendiri tidak menyukainya walhal bukan dari kehendak hatinya sendiri. Wallahualam.

Thursday 23 May 2013

Muhasabah Diri #1

Percayalah bahawa setiap manusia itu telah ditetapkan rezekinya, dan juga setiap manusia itu pasti diberikan ujian tertentu baginya. 

Jadi usahalah berfikir terlalu rumit tentang rezeki yang orang lain perolehi dan juga rezeki yang bakal kita perolehi. Yang penting kita teruskan berusaha. Jangan lupa doa. 

Pantas atau lambat kejayaan bukanlah hak kita yang tentukannya. Mohonlah agar dipermudahkan dalam setiap urusan kita...

Dipetik dari Ustaz Don Daniyal.

Via Tengku Faris Tg Khalid.

:)