Friday, 24 May 2013

Cermin tu elok tak?

Prof Muhaya kata,

"Suami cerminan isteri. Isteri cerminan suami. Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

"Anak-anak cerminan ibu bapa."

Bagai terngiang-ngiang di telingaku kata-kata itu.

Aku cuba untuk memahami kata-kata itu sekaligus mendalami maksudnya yang tersirat. Dan aku rasa aku dah faham apa yang prof selalu cakap dalam ceramah motivasi dan buku-buku dia. Lepas faham perkara tu, aku cuba 'adapt' kan dengan diri aku.

Dan aku rasa persoalan aku yang sekian lama ini sudah pun terjawab. Mungkin sebelum ni persoalan tu sentiasa ada jawapan klise yang aku bagi sendiri tapi sekarang aku boleh simpulkan segala persoalan tu dengan sebuah kata-kata yang cukup ringkas tetapi mendalam.

********************

Sejak aku kecil sampai sekarang, mak selalu cakap yang mungkin anak-anak aku akan buat benda yang sama dekat aku kalau aku selalu buat cemni dekat mak. Persoalan yang sentiasa bermain di minda aku time tu;

1. Apa yang aku dah buat kat mak?

2. Aku taknak kahwin ah nanti.

3. Kenapa mak cakap cemtu? Kata-kata mak tu kan satu doa.

4. Eleh, mak mesti pernah buat cemni kat mak dia. Sebab tu lah aku buat kat dia.

5. Aku taknak dapat anak nanti.

6. Takkan tu pun nak terasa?

7. Sedihnya hidup aku.

8. Duh penat aku fikir. Apa je yang aku buat kat mak sampai mak terasa dengan aku.

9. Asyik ayat ni je haih.

10. Boleh migrain aku cemni. Stres betul haih.

Ni di antara top 10 list yang aku dah compile daripada aku kecil sampai sekarang. Mak ni kadang-kadang dia sensitif sikit sebab tu lah aku cuak nak gurau ke ape dengan mak. Sebab takut mak terasa. Aku ni jenis kalau gurau, japgi yang kasar habis semua keluar. Tu yang payah tu. Walau bagaimanapun, aku tetap berusaha untuk berfikiran positif walaupun mak marah aku :')

Abah kata masa dia muda-muda dulu, dia suka travel. Aku rasa sifat tu ada turun sikit dekat aku. Aku suka 'berjalan'. Lagi best, berjalan sorang2. Abah kata masa dia travel tu pun dia sorang2 jugak. Kaitan cerita ni dengan kata-kata hikmah tu;

Aku ni suka berjalan mana-mana je yang aku rasa nak explore tempat tu. Dan aku lagi suka sorang-sorang sebab aku ni jenis yang tak berapa nak suka menyusahkan orang sangat. Kadang-kadang bila aku naik bas dan lalu tempat yang aku tak pernah jejak pun boleh dianggap travel :) dan sebab ini juga lah aku dianggap menyusahkan orang. Padahal benda ni adalah memang sifat abah sendiri. Nak je aku cakap kat semua orang yang suka marah aku tu, yang benda ni sikap keturunan dan nak juga aku cakap kat abah yang, 'alah abah dulu pun sama ja'. Tapi aku tak sanggup sebab aku lebih jaga hati orang daripada hati aku sendiri. (cehh puih -,-)

Kadang-kadang aku teringin jugak nak tahu perangai mak dulu macam mana sebab orang cakap mak aku ni masa dia muda dulu, lemah-lembut tapi aku ni kasar. So aku taktahu di mana silapnya cermin tu. Lol. Dan kadang-kadang aku rasa yang perangai aku yang suka melawan cakap mak ni turun daripada mak sendiri tapi bila aku tanya tok & mak long, dorang cakap mak aku takdelah melawan sangat. Biasa je. Cuma ada melawan sikit-sikit je (normal ah). Kalau tengok abah memang tak ah. Abah seorang anak yang mendengar kata :p sebab aku tengok dengan pancaindera aku sendiri macam mana abah treat opah. Superb gila.



Tapi aku tetap beriktikad (puih) dengan kata-kata tu. Aku cuba untuk jadi yang terbaik supaya bila aku dah ada anak nanti, aku akan tengok anak aku tu perangai macam aku :D hihihi

Ada di antara perangai aku yang aku rasa cerminan mak abah aku sendiri cuma aku je yang perasan tapi dorang tak perasan dan terus menyalahkan pengaruh rakan sebaya sebagai punca. Padahal aku lah yang paling gila di kalangan rakan sebaya tu. Hehe.

Masa zaman kegilaan aku yang mendalam terhadap kamera dulu, telah membuka mata abah & aku sendiri yang cerminan abah tu memantulkan diri aku semula. (Eh pelik pula ayat ni.) Minat tu turun daripada abah sendiri kepada anak sulungnya dan aku. Setelah aku rajinkan diri bertanya opah & adik beradik abah dan menyelongkar zaman purbakala, aku mendapati bahawa arwah tok wan & abah minat kepada kamera. Ada di antara dalam almari hiasan opah, terdapat beberapa kamera digital mahupun kodak yang abah beli guna duit gaji sendiri! Wow! Kagum aku time tu. Dan aku rasa itu memang cerminan yang paling tepat :)

Ada banyak lagi yang aku tak puas hati dan berpuas hati tentang 'cerminan' ni tapi sampai setakat ni dulu lah. Lain hari dan lain masa aku coret lagi.



Bye.

Nota selit: Secara logiknya, ada di antara minat ibu bapa itu sendiri yang akan turun dekat anaknya secara perlahan-lahan dan diam menyebabkan kadang-kadang seorang anak itu sendiri tidak menyukainya walhal bukan dari kehendak hatinya sendiri. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment