Sudah lama ia bertahan. Sudah lama juga ia menanggung kesakitan. Akhirnya, ia kalah juga. Peritnya cuma ia yang rasa.
Sel-sel yang baik habis diserang virus dan bakteria. Sistem pertahanan habis rosak. Paru-paru makin sarat dengan Encik-encik yang anti dengan Mucinex. Sistem pernafasan juga teruk. Kadang-kadang ia berfungsi dan kadang-kala ia tidak berfungsi. Terpaksa bernafas guna mulut.
Ada juga yang berkata faktor ini disebabkan cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan seseorang itu sering terkena demam, batuk, selsema dan sebagainya. Sesuatu yang aneh juga bagi aku. Macam mana cuaca yang menyebabkan sedemikian sedangkan dari kecil lagi kita dah memang biasa hidup dengan iklim khatulistiwa? Mungkin kefahaman aku tidak begitu kukuh lagi. Aku perlu belajar dan kaji banyak lagi tentang ini.
Begitu complicated pendahuluan aku padahal aku cuba nak cakap yang aku tengah demam lol. Sistem antibody aku selalunya kuat. Mungkin aku didik dorang untuk bekerja keras sampaikan dorang dah biasa menahan kesakitan. Cehh. Tapi hakikatnya memang begitu. Setiap kali hujan atau terkena apa-apa, sistem ketahanan badan aku tetap kukuh dan sel-sel semuanya bersatu teguh. Haha.
Namun, tiada apa yang boleh aku buat untuk melawan takdir. Kalau demam tu nak datang, aku mengalu-alukan je lah haha. Time tu baru lah tahu nak bersyukur nikmat kesihatan yang Allah bagi. Haih. That's why la time sihat kena banyak ingat Allah. Barulah time kita sakit Allah ingat kat kita :') hehehe.
Hidup aku agak serabut dalam 5 hari cuti ni. Buku sekolah satu pun aku tak sentuh. Apatah lagi homework math & bm yang cikgu bagi hari tu. Semuanya aku tinggalkan dan sehelai sepinggang je kat sini.
Isnin haritu, aku kena jaga kedai. Pastu Selasa ritu, aku ikut Makcik Maisitah (Datin :p), Encik Aziz dan seorang lagi pakcik tu apatah nama dia aku dah lupa, buat sikit ceramah dekat kedai. Seperti biasa, aku tak ambil kesah pun lol. Dorang promote produk Kels tu. Aku tak berapa minat dengan program pelan pemasaran ni. Apatah lagi produk baru ke ape ke. Aku cuma boleh tolong mak jual barang NR & Stevia je kat kedai ni. Yang lain aku tak begitu berminat. Dan Alhamdulillah juga time cuti ni takde ekspo untuk aku jaga. Kalau tak, memang tenaga tak cukup lah wey. Haha. Aku cuma dengar je lah pasal apa yang dorang cakap tu. Rabu pun sama jugak. Pastu Khamis, dorang dah balik KL balik. So aku rest kejap kat rumah while kak hawa & mak yang jaga kedai. Sungguh membosankan duduk rumah. Kerja aku asyik karaoke party je haha. Pastu malam, online ah. Tak sangka yang aku chat dengan Danial pasal crush aku dan berkongsi perasaan dengan dia lulz. Sebelum ni jarang kalau borak dengan dia cakap pasal ni. Dan dalam masa yang sama, aku battle karaoke dengan Sarah Shafiqah :D suara dia dah lah sedap ((serious)) sampaikan semua battle dia dapat high score kecuali satu lagu je aku menang. Aku rasa maybe sarah tak menyanyi ataupun dia bagi peluang untuk aku menang. Aku tetap happy untuk tu. Pastu Jumaat, aku jaga kedai macam biasa dan malam aku menaip hehe.
Actually, kebanyakan entri aku taip dekat fon dulu pastu save as drafts. Bila on laptop baru publish. So no wonder lah kalau aku onl blog, aku banyak publish entry lebih daripada 1 (2 atau lebih) :D
Lets www.karaokeparty.com ;)
Bye.
No comments:
Post a Comment