Saturday, 22 June 2013

Lepaskan - Part One.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak menaip lama-lama plus panjang-panjang dan tiba-tiba rasa nak menaip pulak setelah ramai (konon -.-) yang tanya bila nak update blog. Hehe. Agak terharu juga lah sebab ada juga yang still follow up perkembangan aku walaupun aku ni suam-suam kuku je. Heh apa kena mengena simpulan bahasa tu pun aku taktau. Mungkin aku ni macam air suam tapi takat kuku je hahaha apa aku merepek ni doh.



So perkembangan baru sekarang ni, aku cuba untuk mulakan hidup baru (konon lah -.-) setelah hampir 6 bulan aku sia-siakan masa aku macam tu je. Jadi, aku punya stail kalau nak berubah, kena luahkan dan cuba lupakan apa yang dah jadi. Aku tahu ianya susah tapi at least bila aku luah dan lepaskan, takdelah aku dihantui dosa-dosa dan kesalahan lama. Dan aku tahu jugak yang aku akan teringat benda-benda lepas tapi itu sedikitpun tidak akan mematahkan semangat aku insya Allah dengan pertolonganNya.

Aku ada buat beberapa video dan webcam dengan diri sendiri sehari sebelum masuk 1 Januari 2013. Aku buat time tu adalah dengan tujuan yang sama iaitu untuk luahkan segalanya dan mulakan hidup baru. Dan hey aku rasa nak pergi tengok balik video tu :D dia macam azam baru jugaklah. Aku cakap benda yang dah buat aku sedih, happy, menangis, rasa nak terguling, rasa nak penampar semua dalam tu. Sampai memory full kot haha. Tapi aku tak cakap langsung pasal cinta peh peh hahaha. Aku cakap dengan gaya aku sendiri. Erm dia mcm ckp dkt cermin cuma yg ni dapat record je hehe. So nnt bila aku tgk balik, aku boleh review apa benda yang aku still buat lagi dan apa benda yang berubah. Menarik bukan? Cubalah sendiri :D ceh

Cerita dia sekarang, aku bukannya nak buat video lagi dan lagipun memory dah full kot. Ha ha ha. So aku gunakan blog untuk aku luahkan pula. Diari aku terlalu kecil untuk aku coretkan segalanya. Lagipun aku dah tak ingat mana aku letak diari tu haha cuai betul. Aku anggap blog ni lah as diari aku yang ke-1029384756 hahaha :D

Jadi, tahun ni aku masuk sekolah baru dan pada mulanya aku agak sukar untuk menyesuaikan diri sebab aku dapat sesi petang dan aliran yang aku tak gemar. Aku dah merayu dekat pihak pentadbir semua untuk tukar aku masuk pagi tapi macam biasalah, siapalah yang nak layan aku. So aku teruskan hidup dengan perasaan yang membenci. Setiap hari dalam kelas, aku akan fikir masa depan aku. Yelah en, orang dah buat azam baru kot. Pastu tetibe jadi cemni. Siapa yang tak sakit hati. Aku luahkan dalam buku nota aku yang dah macam bestfriend aku dah.

Aku siap call sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah aku untuk tanya boleh terima aku ke tak sebab aku dah tak tahan dah. Bila aku tak minat dengan benda tu, maka aku pun jadi tak suka untuk terus hidup dengannya. Aku jadi malas nak pergi sekolah. Aku selalu ponteng. Bagi aku, duduk rumah tolong mak lagi bagus. Dengar mak membebel lagi okay daripada aku takde kawan nak borak dekat sekolah ataupun dengar cikgu membebel. Sampai lah aku dah jadi lali dengan bebelan mak. Bila abah dah mula ceramah kat aku, aku mula sedar. Bila abang-abang-abang aku dah mula bising, aku mula kembali ke pangkal jalan. Aku siap mintak nasihat lagi dari semua orang yang lebih matang dari aku. Aku tanya kak nurul, kak nor, paklong, & ramai lagi lah semata-mata passion aku untuk berubah tu.

Aku mula belajar dan rajin pergi sekolah. Aku cuba untuk buktikan dalam Ujian Bulanan 1. Aku struggle gila-gila lah. Dan Alhamdulillah result aku agak cemerlang lah jugak. Science & Perdagangan aku dapat paling highest walaupun bukan A+. Aku jadi gembira. Dan ada classmate yang tanya aku soalan dan minta diajarkan dan ada juga dorang pinjam nota aku. Aku rasa macam :D pheww. Akhirnya aku rasa juga apa yang top student dalam kelas aku tahun lepas rasa. Aku rasa diperlukan. Benarlah, apabila manusia mempunyai ilmu, mereka akan dipandang mulia :)

Namun malangnya, semangat ini tidak bertahan lama. Bila masuk akhir bulan 4, aku mula jadi malas. Syaitan mudah menghasut iman aku. Aku tak study langsung untuk mid year exam. Aku cuma study beberapa jam sebelum jawab paper. Pergh pikir hebat la tuh -.- dan selalunya apa yang kita buat tu, kita akan dapat balik en. So result aku pun boleh tahan lah dia punya teruk sikit. Ada budak yang lagi lemah dari aku pun boleh dapat markah tinggi daripada aku. Rasa malu jugak lah en. So insya Allah untuk ujian akhir tahun ni aku nak struggle untuk dapatkan result yang lagi cemerlang!

Peh penat menaip ni. Lain cerita aku update dekat entry lain pulak eh.

Entri aku selalunya memang panjang berjela kan? Hahaha.



Adios amigos.

Nota selit: Aku cuba untuk meningkatkan gaya penulisan aku ke arah Bahasa Melayu Tinggi. Mana tahu satu hari nanti aku jadi penulis :) Ameen~

No comments:

Post a Comment