Sepanjang 5 bulan awal 2013 ni, dah banyak yang aku lalui. Pahit, manis, masam, masin, tengik, tawar dan macam-macam lagi rasa yang aku dah rasa. Dan banyak perubahan yang aku dapat tengok. Mak berubah. Abang berubah. Kawan berubah. Gaya hidup berubah. Cara pemakanan berubah. Corak pemikiran berubah. Berat berubah. Tinggi berubah. Cuaca berubah. Corak pemerintahan negara berubah. Kawasan kampung berubah. Pendek kata, semuanya berubah. Cuma perubahan itu ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.
Aku tak begitu terkejut dengan semua perubahan ni. Memang aku dah ready fizikal dan mental dah pun. Cuma aku tak expect yang ia akan berubah menjadi apa yang ingin diubah.
Wait.
Post ni tak menyokong pihak pembangkang atau mana-mana pihak pun. Cuma perkataan UBAH tu terlalu rare kan? Haha.
Gambaq takdak kena mengena langsung -.-
Cepat betul masa berlalu. Sepanjang masa tu berlalu, aku dah banyak buang masa dengan benda yang tak begitu berfaedah. Dan banyak juga pengalaman yang aku timba sepanjang 5-6 bulan ni. Tanggungjawab yang aku pegang lagi besar dari tahun lepas. Dulu hidup tanpa mak. Sekarang hidup dengan mak. Dulu hidup dengan iwan. Sekarang hidup dengan syamim pula.
Tapi aku tak biarkan semua tu mematahkan semangat aku. Niat terpendam aku nak lari rumah masa ada masalah dulu, terhapus. Tapi perasaan tu tetap ada lagi hehe. Takde sape yang sanggup kalau hari-2 mengadap abang yang panas baran, suka condemn orang, suka judge orang. Takde sape yang sanggup. Kiranya aku ni hebat sikitlah sebab dapat bertahan sampai sekarang. Hehehe. Hidup aku merana sbb dia tahu tak -_- Nasib baik dia dah pergi berlayar balik.
Tapi satu masalah pergi, satu masalah datang. Datang pulak bebanan dari pelbagai pihak yang tak pernah faham jiwa aku. Yelah, jiwa dorang sendiri pun dorang tak faham apatah lagi nak faham jiwa aku. Dan rasanya aku boleh gelar diri aku hebat sikit sebab dapat bertahan walaupun dalam kesakitan :)
Gambar berhantu |
Banyak lagi masalah yang ada cuma yang ni je yang dapat aku coretkan.
Dan saat entri ini ditulis, aku belajar sesuatu. Kadang-kadang tak semua masalah dan luahan kita boleh lepaskan. Kita kena simpan jugak sikit dalam hati untuk kita terus tabah menghadapi ujian akan datang :')
I asked Allah to give me some strength and peace and He gave me obstacles that I need to get through. I will consider myself lucky and awesome because Allah choose me to face all this :)
Hari ini kita tertanya-tanya kenapa kita diuji. Suatu hari nanti kita pasti tersenyum dan faham kenapa kita diuji oleh Ilahi :)
Dan semua masalah yang aku hadapi, aku panggil ia sebagai pengalaman. Dan pengalaman itu mematangkan aku daripada segala aspek sama ada daripada segi pemikiran mahupun tingkah laku :)
Antara mereka yang dah berjaya tolong aku tika aku lemah :) ada lebih dari satu dan mungkin lebih juga dari 5 :D
Nota selit: Bila kita berjaya menghadapi sesuatu masalah itu dengan kuat dan tabah, tika itulah kita akan menjadi insan yang paling hebat :)
No comments:
Post a Comment