Wednesday, 20 November 2013

Kawan.

Aku perlu kuat untuk diri sendiri. Kawan tak semua yang ada waktu kita senang dan susah. Ada yang ada masa kita senang ja tapi bila susah dia takdak. Ada yang ada masa kita susah ja tapi bila senang dia takdak. Kawan hat jenis ni memang wujud di seantero dunia. Hatta, di sekeliling kita pun ada. Kawan yang ada masa sekarang ni belum tentu akan jadi kawan kita masa akan datang.

Kadang-kadang kawan yang dok tolong kita masa kita susah tu bukannya ikhlas pun. Hangpa ingat depa tak susah ka? Depa pun ada masalah sendiri tapi kadang-kadang kalau ada hat ikhlas tu memang ikhlas gila lah. Dia akan tolong kita sampai kita bulih selesaikan masalah dan kita ceria macam besa balik. Ada setengah tu saja ja nak dengaq masalah kita. Kadang-kadang depa dengaq untuk diungkit balik pada masa depan atau depa nak cari bahan nak bergosip dengan kawan lain atau depa memang sengaja nak tau masalah kita. Kawan hat ni memang tak buleh buat kawan lah en.

Sengaja aku cerita bab kawan ni. Pasai nak buat peringatan untuk diri sendiri. Sebelum ni aku ada ramai kawan untuk digelak ketawa bersama, ditangisi tangisannya bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama, dan macam-macam lagi lah. Tapi kawan yang paling banyak sekali aku ada, kawan untuk dikongsi cerita & masalahnya bersama lah. Dulu dalam satu kelas tu, hang pi setiap sorang pastu hang tanya;

Alia ni cemana perangai dia?
Ada cerita best tak pasal alia?
Alia ni comei dak?

Cer la tanya. Mesti hangpa akan dapat jawapan yang berbeza-beza. Hat kenai aku betui-betui tu boleh la ceghita yang baik dan buruk. Hat yang tak kenai tu akan dok ceghita sebahagian diri aku yang depa tau ja la. Cerita dia sekarang bukannya nak suruh hangpa buat pun kat kawan kelas aku.

Cuma, cuba hangpa cermin diri tu. Hangpa ni hat kategori lagu mana? Hat baik ka hat buruk? Hat tau sikit daripada cerita orang tapi tak amek port pasai lain atau hat tau sikit tapi boleh cerita hat len jugak? Kalau hangpa ni hat baik-baik, insya Allah, hangpa akan dapat kawan yang baik jugak dan begitulah sebaliknya. Tapi kalau hangpa memang dok buat baik ja tapi dapat kawan hat buruk-buruk, tu maknanya hangpa kena belajaq la terima kekurangan orang len. Kita hidup ni untuk saling melengkapi umpama sudu dan garpu. Betui dak? Lagipun kita kena la bertoleransi & bertolak ansur antara satu sama lain. Kalau dapat kawan yang betui-betui memahami & sekepala dengan kita, itu lagi baguih. 

Sama-samalah kita refleksi diri kita dan perbetulkan diri kita.














Tahun depan aku masuk sekolah baru. Aku harap aku takkan lupa kawan & segala kenangan sepanjang aku sekolah kat SMK Taman Melati & SMK Seri Gombak :') Jadi aku harap kalau ada yang terasa ke kalau aku ada buat salah ke ape en, maafkanlah aku. Mana tahu nanti dah tak dapat jumpa en ._. ((ayat takleh nak skema lagi kee -_-))


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hangpa akan berpisah jugak dengan kawan hangpa tu suatu hari nanti. Mana la nak tau nanti masuk universiti/kolej lain-lain, kerja lain-lain, kahwin lain-lain, lepastu hidup berkeluarga pun lain-lain. Sebabtu la hangpa kena rela melepaskan. Tapi kalau hangpa boleh remain friendship hangpa sampai tua tu memang terer lah. Aku salute orang hat lagu tu :p

Moga kita sentiasa jadi baik dan sentiasa menyebarkan kebaikan dan mengamalkan kebaikan itu sendiri. Insya Allah.

:)

Nota selit: Saja nak campoq loghat utara & bahasa baku. Kalau ada perkataan yang taktau, boleh tanya. Tak paham toksah baca.

2 comments: