Tuesday 26 November 2013

Apa yang hang fikir? Entah.

Belakangan ini, banyak benda betul yang bermain di minda. Otak berfungsi dengan terlebih baik sebab nak proses apa yang aku nak fikir sampaikan jadi sesak. Sampai satu tahap aku macam tak berada dalam dunia sebenar. Aku rasa macam ada di dunia khayalan. Dunia imaginasi. Dunia yang aku cipta sendiri. Tak ada jalan keluar. Duduk situ lepastu fikir masalah. Orang lalu sebelah pun tak perasan. Banyak benda betul aku fikir. Sampailah aku termimpi benda yang aku fikir tu.

Dalam mimpi tu semua benda yang aku fikir (frasa benda yang aku fikir & berkaitan, rasanya lebih sesuai dan kedengaran matang drp frasa MASALAH) datang secara mendadak. Aku tak pasti dengan apa yang aku mimpi tu tapi aku dapat rasa yang ada jalan penyelesaian sekali untuk benda yang aku fikir tu dalam mimpi yang diilhamkan tu. Dan disebabkan aku tak dapat fikir apa yang aku fikir tu maka aku telah meluahkan apa yang difikir kpd kakak2 sepupu ku yang lebih matang dalam soal hidup. Dan tak sangka respon yang diterima begitu berbeza-beza dan agak memberansangkan :) sebab tu lah bila rasa tak tahan ke ape, kena luahkan so tak rasa terbeban wpun kengkadang tak dpt respon sgt.

Erm so ada yang kata aku ni hidup dah macam orang dewasa pasal banyak sangat benda nak fikir. Ada yang kata aku ni terlampau serious dan tak reti nak enjoy life err zzz. Ada yang kata benda ni biasa je tapi mungkin sebab aku overthinking so benda ni nampak serious bagi aku. Dan macam-macam lagi lah respon yang aku dapat.

Dan tatkala aku sibuk fikir aku sorang je dalam rumah yang terlebih fikir, ada lagi orang yang terlebih fikir daripada aku. Abah lagi banyak benda nak kena fikir tapi boleh gak bahagikan masa untuk dengar apa yang aku fikir tu. Mak pun banyak benda fikir tapi mak tetap ada gak masa nak membebel kat aku. Jadi aku terfikir kenapa aku kena rumitkan keadaan dengan menyusahkan kepala otak dengan semua ni? Aku boleh je list kan apa masalah dan cari penyelesaian satu per satu drp serabutkan semua benda sekali enn :)

Jadi aku pun find another way to shift that problem to something else. Aku kembali menyemak apa benda yang boleh buat aku happy balik. Aku pergi enjoy diri sendiri. Tenangkan fikiran. Dengar apa yang orang fikir. Buang masa. Ambil masa. Pergi gym. Layan drama korea. Cakap sorang-sorang. Menjerit. Makan. Keluar dengan kawan. Dan macam-macam lagi benda yang boleh buat.

Buang masa bersama orang tersayang :)


Bersama-samalah kita berfikiran positif dalam setiap perkara dan cuba bantu orang dalam menyelesaikan apa yang difikirkan oleh beliau ((masalah)). Nescaya akan ada bantuan daripada Allah untuk membantu kita menyelesaikan apa yang difikirkan oleh kita ((masalah)).

Nota selit: Kenkadang apa benda yang aku fikir pun taktau sebab banyak benda sangat yang aku fikir yang menyebabkan aku taktahu apa benda yang aku fikir dan merumitkan benda yang aku fikir. Erm agak-agak apa yang hangpa fikir aku tengah fikir sekarang?

_______________________________________

Enrich your vocab!

Fikir = Pikiaq (loghat kedah)
        = Pikior (loghat perak)
        = Think (loghat omputeh)

Wednesday 20 November 2013

Kawan.

Aku perlu kuat untuk diri sendiri. Kawan tak semua yang ada waktu kita senang dan susah. Ada yang ada masa kita senang ja tapi bila susah dia takdak. Ada yang ada masa kita susah ja tapi bila senang dia takdak. Kawan hat jenis ni memang wujud di seantero dunia. Hatta, di sekeliling kita pun ada. Kawan yang ada masa sekarang ni belum tentu akan jadi kawan kita masa akan datang.

Kadang-kadang kawan yang dok tolong kita masa kita susah tu bukannya ikhlas pun. Hangpa ingat depa tak susah ka? Depa pun ada masalah sendiri tapi kadang-kadang kalau ada hat ikhlas tu memang ikhlas gila lah. Dia akan tolong kita sampai kita bulih selesaikan masalah dan kita ceria macam besa balik. Ada setengah tu saja ja nak dengaq masalah kita. Kadang-kadang depa dengaq untuk diungkit balik pada masa depan atau depa nak cari bahan nak bergosip dengan kawan lain atau depa memang sengaja nak tau masalah kita. Kawan hat ni memang tak buleh buat kawan lah en.

Sengaja aku cerita bab kawan ni. Pasai nak buat peringatan untuk diri sendiri. Sebelum ni aku ada ramai kawan untuk digelak ketawa bersama, ditangisi tangisannya bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama, dan macam-macam lagi lah. Tapi kawan yang paling banyak sekali aku ada, kawan untuk dikongsi cerita & masalahnya bersama lah. Dulu dalam satu kelas tu, hang pi setiap sorang pastu hang tanya;

Alia ni cemana perangai dia?
Ada cerita best tak pasal alia?
Alia ni comei dak?

Cer la tanya. Mesti hangpa akan dapat jawapan yang berbeza-beza. Hat kenai aku betui-betui tu boleh la ceghita yang baik dan buruk. Hat yang tak kenai tu akan dok ceghita sebahagian diri aku yang depa tau ja la. Cerita dia sekarang bukannya nak suruh hangpa buat pun kat kawan kelas aku.

Cuma, cuba hangpa cermin diri tu. Hangpa ni hat kategori lagu mana? Hat baik ka hat buruk? Hat tau sikit daripada cerita orang tapi tak amek port pasai lain atau hat tau sikit tapi boleh cerita hat len jugak? Kalau hangpa ni hat baik-baik, insya Allah, hangpa akan dapat kawan yang baik jugak dan begitulah sebaliknya. Tapi kalau hangpa memang dok buat baik ja tapi dapat kawan hat buruk-buruk, tu maknanya hangpa kena belajaq la terima kekurangan orang len. Kita hidup ni untuk saling melengkapi umpama sudu dan garpu. Betui dak? Lagipun kita kena la bertoleransi & bertolak ansur antara satu sama lain. Kalau dapat kawan yang betui-betui memahami & sekepala dengan kita, itu lagi baguih. 

Sama-samalah kita refleksi diri kita dan perbetulkan diri kita.














Tahun depan aku masuk sekolah baru. Aku harap aku takkan lupa kawan & segala kenangan sepanjang aku sekolah kat SMK Taman Melati & SMK Seri Gombak :') Jadi aku harap kalau ada yang terasa ke kalau aku ada buat salah ke ape en, maafkanlah aku. Mana tahu nanti dah tak dapat jumpa en ._. ((ayat takleh nak skema lagi kee -_-))


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hangpa akan berpisah jugak dengan kawan hangpa tu suatu hari nanti. Mana la nak tau nanti masuk universiti/kolej lain-lain, kerja lain-lain, kahwin lain-lain, lepastu hidup berkeluarga pun lain-lain. Sebabtu la hangpa kena rela melepaskan. Tapi kalau hangpa boleh remain friendship hangpa sampai tua tu memang terer lah. Aku salute orang hat lagu tu :p

Moga kita sentiasa jadi baik dan sentiasa menyebarkan kebaikan dan mengamalkan kebaikan itu sendiri. Insya Allah.

:)

Nota selit: Saja nak campoq loghat utara & bahasa baku. Kalau ada perkataan yang taktau, boleh tanya. Tak paham toksah baca.

Saturday 2 November 2013

Time flies~

Whaddup.

Today is 2nd November 2013. Time flies really fast till I haven't realize that it just takes less than two months to go to 2014. And takes another 2 days before my birthday, 4th November 2013! Woah! I'm turning 16! I can't believe that I'm really going to another phase of life already. I'm going to be an adult, a lady uhmm I mean a true lady ahaks. I can't act like a teenagers anymore. I need to made my own decisions. I can't depend on my parents anymore. I need to think about my future and I really need to be more responsible towards everyone that put their trust on me. And yeah, people said that I'll get hurt as I busy taking care of everyone's heart but if you really love someone, you shouldn't even feel like that. Bcs you never know that there might some people out there that actually cares for you but you never realize. Just think about this whenever you feel like that. The word 'bahagiamu deritaku' is really suitable in this situation ahaks. Eh kemon la, that's life kan. Biasalah en. Stay strong!

gambar sekadar hiasan


Bulan lepas schedule aku padat gila. Exam lah, seminar nr, majlis pelancaran kels, nak uruskan borang pindah sekolah, nak packing barang, to-do-list yang panjang gila, kemas rumah, marah afiq yang pemalas & macam-macam lagi lah. Tapi alhamdulillah aku tetap rasa bahagia walaupun ada masalah sikit. Biasalah en. Aku ni baru nak masuk 16 dah cemni en, apatah lagi kalau aku 26 nanti. Tapi everything happens for a reason kan. Benda ni mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab. Mana lah tahu 26 nanti dah kahwin ke ada anak en lagi banyak tanggungjawab. Kengkadang benda-2 ceni ah yang menjadikan aku tabah dan kuat sekuat biskut biskuat tiger lulz.

gambar sekadar hiasan


Aku rasa hari-hari aku busy walaupun dalam sehari aku baring ja tak buat apapa pun -.- Ah orang terlebihz rajinz memang cemtu punz. Nanti insya Allah aku update lah cerita lain pula pasal agenda aku yang busy tu.

Jadi sekarang ni aku ada kat Parit Buntar sebab cuti Deepavali. Semalam dengan semalam punya semalam aku ada kat Manjung sebab uruskan pasal pindah sekolah. Kena pergi jumpa PPD lah apa lah. Busy en? Tapi busy-2 pun sempat lagi pi tengok wayang cerita Thor. Ha ha ha. Nampak permainan dia? Kena pandai enjoy hidup lah kan. Kalau ikut perancangan aku, lepas 5 November ni, balik Gombak balik sebab nak packing barang semua pastu 11 November ni hantar Iwan pergi airport sebab dia nak balik Mesir balik pastu hari yang selepas tu aku kena datang Manjung balik sebab nak daftar sekolah pulak. Macam tak percaya ja aku sekolah kat Manjung tahun depan ._. Nampak macam busy kan bila aku bagitahu ceni? Uhmm nak kena train diri sendiri jadi lebih bertanggungjawab daripada yang sebelumnya ^^

gambar sekadar hiasan


Nanti aku sambung lagi eh. Nak pi naik beskal sat. Nak pi beli laksaa~

Take care <3 
Love ya <3 <3