Wednesday 26 November 2014

Perancangan aktiviti lepas spm.

Peh tajukkk. Puihhhh. Spm pun tak habis lagi dah fikir pasal aktiviti lepas spm pulak wahahaha. Fail to plan is planning to fail kan? Kalau boleh taknak la aktiviti lepas spm ni pun tergendala macam pmr dulu. So marilah kita rancang sebaik-baiknya. Lagi pun aku ni jenis pelupa. Tup tup dah habis spm terus taktahu nak buat apa. Tak ke terbongkang je aku depan tv nanti -,-

1. Ambil lesen kereta.
2. Kemas buku-buku.
3. Jual worksheet yang belambak tu.
4. DIY kasut sekolah jadi sneakers.
5. Pergi gym.
6. Design rumah masa depan.
7. Cari kerja part time.
8. Kerja dengan family.
9. Tanam pokok.
10. Belajar masak.
11. Redesign bedroom. Buang meja belajar wahahahaha!
12. Recycle baju yang tak pakai.
13. Belajar kraftangan.
14. Masuk tahfiz :D
15. Hafal Al-Quran.
16. Mengasuh adik sendiri.
17. Buat kelas tuisyen percuma untuk adik sendiri.
18. Balik KL & stay dengan mak abah.
19. Balik Parit Buntar & stay dengan mak tok & jaga kedai kat situ.
20. Kerja kat pasar malam.
21. Masuk kelas bahasa.
22. Mengadap smartphone 24 jam.
23. Kahwin. (hiks)
24. Beribadat setiap masa.
25. Tambahkan ilmu akhirat dengan ikut opah pi marhaban & kelas agama.
26. Beriktikaf dalam mesjid.
27. Habiskan baca novel & buku yang beli tapi tak pernah baca. (-.-)
28. Main dengan kucing.
29. Masuk giatmara. (lulz)
30. Melancong.
31. Merantau.
32. Memancing.
33. Merapatkan hubungan kekeluargaan.
34. Buat carta keturunan keluarga. (abah suruh)
35. Karaoke.
36. Tidur.
37. Tolong kemas rumah.
38. Kemas baju.
39. Belajar bawak motor.
40. Buat kraftangan (DIY).
41. Manjakan diri. (pergi spa)
42. Berbakti kepada orang tua.
43. Berkebun.
44. Jogging hari-2.
45. Survey pasal uni.
46. Masuk kelas bahasa.
47. Buat sales.
48. Buat aktiviti kebajikan.
49. Study.
50. Tengok movie online. (RUNNING MAN! KOREA!)
51. Dan banyaaaaaaaaaaaaaak lagi.


HAHAHA ni je dapat aku listkan. Semoga bermanfaat k :)

Monday 17 November 2014

A Reminder for Myself. #1

Nanti bila dah kahwin, kalau bawak anak-anak & mak keluar makan, jangan leka main handphone. Depan aku ni ada satu keluarga. Makcik tu dah habis makan & tengok je anak-menantu & cucu dia. Si laki tu tak pasti lah anak ke menantu dia tapi asyik dok mengadap hp je. Sama dgn isteri dia. Anak dia dua orang tgh mkn tp sesekali pndg mak bapak dia. Okay apa yg aku nak sampaikan ialah aku kesian tgk makcik yg tercengang taktahu buat apa tu. Aku teringat kat mak tok & opah. Dan dlm masa yg sama aku bayangkan diri aku kt tmpt makcik tu. Mesti sedih. Sepatutnya keluar makan, sembang2 ke apa en. Ni tak. Hmm lantak kat depa lah kan. Tapi aku teringat bila keluar dgn family belah mak, mak tok, long & mak riuh sembang mcm nak bg 1 kedai dengaq. Kami sepupu sepapat sesekali mencelah sambil bergelak tawa, usik-mengusik. Alangkah bahagianya saat itu. Ktuje.

-Alia, 16/5/2014, Pasar Komuniti & Karavan.

14092014 - Merantau ke KL!

Well haritu aku balik KL. Memang best la sebab aku pun dah lama tak jejak KL. Rindu rumah. Rumah member lama. Rindu sofa. Rindu peti ais. Rindu bilik yang dah tak jadi bilik aku wahahaha. Rindu tunggu bas lelama. Rindu bakso. Hmm.


So aku naik bas dari manjung guna bas Arwana. Bas ni standard ar. Kemas, cantik, laju, mantap! Thx to aina yg sudi hantar ke stesenggg.


Sampai je KL terus rasa macam,..... wuish serius ke dah sampai KL ni. Haha jakunnya aku xD org dah biasa hidup kat kawasan-takda-bangunan-tinggi cenggini ar perangai. Seperti rusa masuk bandar kehkeh. The next day, aku keluar dengan member lama! Wazie, Leha & Tasha <3 serius rindu kot. Dah lama tak jumpaaa. Wuuuuu.

Kitorang plan tak gi jejauh pun. Aeon Wangsa Maju je sebab aku nak gi mph. Pastu jenjalan situ je. Ahaa tak perlu pergi tempat yang mewah2 tapi tak best :p Pastu gi arcade. Pastu gi makang.

Pastu kitorang cari surau tau tapi tak jumpa. last2 sampai rooftop :p haha gile en -.- pastu turun solat pastu beli brg sikit pastu lepak rooftop. Memang best la weh! Borak-2 pastu tangkap gambar.























































Pastu balikzzz. Perasaan tu still tak berubah bila jumpa. Cuma macam biasa la, memula awkward sikit en. Nak sembang apa pun aku taktahu haha. Dah lelame tu ok la. Share apa yang jadi skrg and gossipsss! Lulz. Dosa.


Pastu the next 2 days, wazie ajak gi tengok wayang. K aku bukannya minat sgt pun. Aku lagi suka tgk online hahahaha tapi sebab dia nak sgt, aku pun ikut gak ar.














ktuje.

P/s: Harap-harap kawan lama yang lain tu still ingat aku sebab aku still lagi ingat semua. Hiks

28092014 - Futsal

Assalamualaikum!

Apa khabar? Sihat? Hidup macam mana? Okay? Ke tak okay?

Haa okay ke tak tu mesti la ada en. Dah nama pun hidup. Haha belakangan ini, hidup aku macam biasa lah. Banyak je masalah datang dan pergi. Umpama ombak. Datang dan pergi. Tapi tetap menyejukkan kita. Lulz.

Dan aku percaya di setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. - Al Insyirah

Walau cemana teruk sekalipun, mesti ada yang baik jadi. I know, sometimes life is hard. But the hardship la yang makes us lebih tabah, maju dan matang dalam kehidupan! Haha english aku teruk je -.-

Hari tu ada tournament futsal yang aku join dengan member sekolah aku under majlis belia. Ye, aku mmg dah tahu yg aku ni reserved je. Cuak gak nak main. Kekalahan futsal time umur 12 tahun dulu menghantui aku. Semua salahkan aku bila bola terlepas masuk. Ah aku tahu aku tak dapat jadi keeper yang baik. Sebab tu, aku dah tak minat masuk tournament memane. Haa pengecut kan aku. Haa tulah yang tak minat main sukan ni. Semuanya suka menyalahkan hahahaha k dah la stop. Pape pun, aku tak ambil hati. Cuma kalau teringat tu memang saje je la. Aku tak serius pun. :p








Gambar mmg tak byk sbb aku kurang gemar tangkap gambar hahaha sila la percaya

Ada gak budak manjung dengan smab main sekali. Hebat kot deme. Terpegun aku menontonnya. Haha. Pape pun best la sebab dapat kenal kawan baru. Selama ni 1 sekolah pun tak pernah bertegur xD

Menang kalah adat permainan :) tapi yang penting bila kita dapat hargai setiap detik bersamaaaa.

Sekian drp aku yang pernah bercita-cita nak jadi pemain bola,
LILI, 9.