Dah lama tak update. Last update pun sehari sebelum puasa je. Sekarang onl pun sebab nak baca gossip kat beautifulnara je kehkehkeh. Em so hows everything guys? Hows your ramadhan? Hows your syawal/raya? Did everything just went all right? I hope so.
Time bulan puasa aku rasa happy sangat. Maybe sebab semua (semua disini bermaksud mak, abah, aku & afiq sahaja ya) berkumpul time nak berbuka lepastu abah baca doa lepastu semua makan dengan khusyuknya dan tawadhuknya kecuali afiq sebab dia suka ambil makanan banyak-banyak. Walaupun aku balik sekolah pukul 6 dan agak rush nak salin baju, solat asar, mandi semua, aku tetap ada waktu dan sempat untuk siapkan hidangan berbuka untuk keluarga. Kadang2 tu mak gagahkan diri jugaklah pegi masak kat dapur. Terharu pun ada tau tsk tsk.
Yang paling best lagi, bila dpt balik sahur kat kampung dgn kezen semua dan makanan atas meja tu banyak gila dan nafsu tu rasa macam nak ratah satu satu tapi tak buat sebab malu hahahahahaha.
So begitulah cerita ramadhan ku setakat ini. Jika ada kelapangan, mungkin ada entri pasal raya aku pulak. Hope to write again!
Moga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan perlindungan dariNya insya Allah!
Nota selit: Ramadan melatih diriku untuk mejadi lebih penyabar dan banyak dekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Esa. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment