Tuesday, 27 August 2013

Untukmu, Wazie Man.

Kami dipertemukan secara kebetulan tapi kupercaya ianya suratan takdir. Dia yang memberiku semangat saat hati ini rebah. Dia tempat untuk aku berkongsi segala rasa. Dari sekecil-kecil hal tentang keluarga sehinggalah tentang lelaki yang diminati. Tempat untuk berkongsi segala pandangan tentang dunia mahupun politik. Dari segi fesyen juga kepada pelajaran.

Gambar curi google


Juga sudah banyak momen-momen indah antara kami tercipta bersama-sama. Menyanyi dalam kelas, menjerit bagi jawapan time sejarah, bergaduh sebab guna pemadam, pergi surau sama-sama, makan nasi ikan keli sambal belacan pun sama-sama, kena marah sebab tak fokus dalam kelas, kuah laksa tumpah atas baju pun sama-sama, pergi tandas nak basuh sama-sama, masuk kelas lambat, cerita pasal itu ini, belajar sama-sama, stayback sama-sama, balik sama-sama, pergi kedai cendol sama-sama wpun aku tak suka cendol -.-, makan laksa berjemaah, kutuk orang, stalk senior handsome, naik lrt & macam-macam lagi lah. Banyak sangat kenangan yang tak terduga itu tercipta.

Kita kan kawan mestilah kita buat semua benda sama-sama kan! :)


Saat aku stayback di sekolah kerana menyiapkan nota ringkas, dia jugalah yang menemani. Saat aku harus siapkan kerja kursus yang tertangguh, dia lagi yang menemani. Saat aku menangis kerana merasakan dunia ini tidak adil, dia jugalah yang sudi mendengar walau tiada respon. Saat aku gembira juga, dia jugak yang aku cari untuk cerita. (Eh takde orang lain ke?)

Namun, aku belajar berdiri sendiri. Kata dia, aku perlu dekatkan diri pada Tuhan. Justeru itu, aku tidak lagi ingin mengadu kepada sesiapa. Aku menjauhkan diri dari segalanya. Aku mula sedar yang mana satu kawan, yang mana satu lawan. Namun, dia juga yang tetap ada di situ. 

gambar curi google

Haritu kami bertemu untuk kali yang keberapa entah. Tahun ini boleh dibilang dgn jari shj kala pertemuan kami. Kami melepaskan segala rindu. Berkongsi segala cerita yang terlepas. Tangkap gambar untuk dibuat kenangan. Tangkap lagi dan lagi gambar. Ya, aku sungguh teruja. Namun, hanya beberapa jam sahaja kami dapat bertemu.

Taaaaaaaapiiiii,

Hari ni birthday dia! :D

Soooooo, aku nak wish la ni hahaha.

A very happy birthday to the one that always stay strong and cool, tabah menghadapi dugaan, yang bajet comel, yang pandai gila tahap gas sulfur heksafluorida (lol merepek), yang sentiasa sudi dan ikhlas berkawan dengan aku walaupun aku ni tak secomel Zaiton Sameonz mahupun Kak Ton, tak sehandsome crush kau, tak segenius Albertz Einsteinz, tak sepandai kau, tak sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga hahaha apa aku merepek lagi ni and lastly, tak sehebat mana pun untuk di jadikan kawan tapi kau sudi gak kawan dgn aku tsk tsk.

And guys,

I present to you, the most gedikzmengadamacammacamlagilah bestfriend that I ever had,

Nurwazira Othman or Wazie :)










[Penat + seronok bila cari gambar lama-lama ni :')]


Semoga kau sentiasa panjang umur dan dapat cari apa yang kau nak dalam hidup ni dan sentiasa bahagia walau apa-apa pun keadaan.

Sekali lagi, selamat hari lahir wazie :) 27 Ogos 2013.


Ikhlas lagi cantik,
Alia Ahmad.




Ukhuwah fillah abadan abada :)

Love you.



Nota selit: Air mataku bergenang lalu menitis sedikit tika aku coretkan semua ini. Adakah kau juga begitu wahai sahabatku yang susah mengalirkan air mata? Tidakkah kau terharu atas semua ini? ((aku ni dah kenapee -.-))

Monday, 26 August 2013

Apa cerita?

Hey assalamualaikum.



Dah lama tak update. Last update pun sehari sebelum puasa je. Sekarang onl pun sebab nak baca gossip kat beautifulnara je kehkehkeh. Em so hows everything guys? Hows your ramadhan? Hows your syawal/raya? Did everything just went all right? I hope so.

Time bulan puasa aku rasa happy sangat. Maybe sebab semua (semua disini bermaksud mak, abah, aku & afiq sahaja ya) berkumpul time nak berbuka lepastu abah baca doa lepastu semua makan dengan khusyuknya dan tawadhuknya kecuali afiq sebab dia suka ambil makanan banyak-banyak. Walaupun aku balik sekolah pukul 6 dan agak rush nak salin baju, solat asar, mandi semua, aku tetap ada waktu dan sempat untuk siapkan hidangan berbuka untuk keluarga. Kadang2 tu mak gagahkan diri jugaklah pegi masak kat dapur. Terharu pun ada tau tsk tsk.


Nak dilanjutkan ceritanya, pada 11 ramadhan, abang kesayangan ku, Iwan pulang ke tanah air kerana habis semester pelajarannya dan juga kerana krisis di Mesir yang semakin melarat. Ya kepulangannya sangat menggembirakanku sebab dia yang akan masak & kemas rumah & aku dapat bersantai dengan bahagianya dan tak payah jalan kaki pergi surau sebab dia imamkan semua terawikh kat rumah hehehe. Pemalasnya aku nak berjalan lepas makan ni -.-.

Yang paling best lagi, bila dpt balik sahur kat kampung dgn kezen semua dan makanan atas meja tu banyak gila dan nafsu tu rasa macam nak ratah satu satu tapi tak buat sebab malu hahahahahaha.



So begitulah cerita ramadhan ku setakat ini. Jika ada kelapangan, mungkin ada entri pasal raya aku pulak. Hope to write again!

Moga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan perlindungan dariNya insya Allah!

Nota selit: Ramadan melatih diriku untuk mejadi lebih penyabar dan banyak dekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Esa. Subhanallah.

Saturday, 3 August 2013

Err?

Entri yang lepas aku cerita pasal memori ramadhan aku tahun lepas. Dan tak sangka ada juga yang berdengki dan menabur kata-kata menyakitkan hati pasal skrip kehidupan aku sendiri. Orang tu serang dekat ask.fm so dia boleh tanya secara anonymously kononnya.

Kata-kata orang itu seolah-olah memerli aku. Katanya aku terlalu manja dan agak menunjuk-nunjuk tentang kebaikan yang aku lakukan. Sungguh bukan itu niatku yang sebenar. Sejujur-jujurnya aku tak pernah stay asrama dan agak jarang tinggal berjauhan dengan mak abah melainkan waktu cuti sekolah ataupun ada outstation ataupun aku busy gila sampai tak dapat nak jumpa mak bapak aku sendiri.

Aku tak pernah duduk asrama sebabtu lah aku tak pernah rasa suasana berpuasa tanpa mak abah tercinta :p

Jadi aku rasa dah jelaskan semuanya?



I have so many haters this year -.-

Nota selit: Semoga anda berbahagia bersama mak bapak anda yang tercinta ya! Hargai mereka sementara mereka masih ada ;)