Saturday, 13 April 2013

Explore Everything.

Well hello the world!

Masa perhimpunan hari Isnin haritu, cikgu ada announce something dekat pentas.

"...Hari Khamis nanti akan diadakan Running Man Explorace pukul 10 sempena Minggu Anti Dadah bla3....."

Aku dah pandang orang sebelah aku sambil buat muka terkejut.


"APA CIKGU KATA TADI?"

"Entah. Aku dengar macam dia sebut RUNNING MAN."

"Cuba kau ulang"

"RUNNING MAN. Kenapa?"




Time tu satu dewan dah bising. Kedengaran budak tepuk tangan dan bercakap sesama sendiri. Mungkin terlalu gembira bila dengar perkataan Running Man tu. Ye lah, rancangan variasi yang selalu ditonton pada hujung minggu yang digilai ramai tuuuu. Siapa yang tak tahu. At least budak yang tak minat kpop pun tahu pasal tu bila setiap kali Jumaat je kecoh dekat twitter dengan tweet tweeterians yang tengah layan cerita tu.

Ah. Aku tak peduli pun. Aku pandang lantai sambil menongkat dagu atas peha sambil menguap. Gila bosan perhimpunan -.-
______________________________________________________________________

Situasi: Lepas rehat.

Aku tengok ramai budak-2 keluar masuk bilik kaunseling sebab nak ambil borang nak masuk Running Man. Aku berjalan masuk kelas. Duduk je aku, ada sorang hamba Allah datang dekat aku sambil pegang kertas pink. Apa lagi, kalau bukan pasal explorace Running Man tu.

"Weh Kayra, kau nak join tak explorace ni?" *sambil buat muka mengharap tahap 9*

"Err, ramai ke join? Kalau tak, aku taknak." jawabku, separa malas.

Serious aku malas. Buat apa nak masuk lari-2 semua ni. Penat tahu tak.

"Alaa, masuk lah." kali ni ramai pulak mendesak aku join.

Atas dasar tak tahan tengok muka diorang tu, aku pun biarkan dorang masukkan nama aku.
____________________________________________________________________

Rabu, 10-4-2013.

"Cikgu nak ingatkan yang explorace Running Man, esok pada pukul 10 pagi. Bla3" - Perhimpunan.

Aku dengar orang sebelah aku cakap dekat orang depan dia,

"Sebenarnya dia letak Running Man tu sebab nak bagi 'gah' dan tarik ramai orang masuk je."

"Ha ah kan. Padahal explorace macam biasa je. Bla3"

Aku tersenyum. Akhirnya ada jugak orang sedar benda macam ni.
__________________________________________________________________

Hari kejadian, Khamis. 11-4-2013.

Aku bangun pagi-2 dengan muka yang semangat. Entah macam mana aku dapat semangat tu pun aku taktau. Pukul 9.30 aku gerak sekolah dengan dua orang kawan aku. Masing-2 kecoh sebab dah lambat. Sekolah aku almost 3KM kot dari rumah. Gila tak penat + lambat jalan.

Sampai je aku kat sekolah, dorang semua dah start main. Lepastu aku tengok ada group yang lambat datang tak dapat main. Nasib baik ada ahli kumpulan aku yang dah datang dan start main. Lepastu, aku pun join lah dorang. Dan masa main tu, aku dapat explore semua benda dekat sekolah tu. Yelah, sebelum ni mana ada masa nak explore semua benda. Time tu lah baru aku tahu mana satu blok A, B, C, D, E, F, pondok ilmiah semua tu. Pastu ada task-2 dia yang sama macam running man sikit. Sebab tu lah dapat nama tu. Mungkin.

Masa main tu jugak, aku banyak lari, berpeluh tahap 9, jerit dekat dorang yang lari lambat, macam-2 lah. Kerjasama, semangat kesukanan+kekawanan time tu semua teruji. Entah macam mana aku rasa seronok dan 'have fun' sangat. Serius.

Dan masa tengah main tu, aku dapat usha crush aku yang tengah belajar dalam kelas x) dia tengah berjalan, pergi koperasi (lol) :D time tu memang hormon adrenalin aku hyper gila kot. Lepastu masa ada satu task tu yang kitorang kena lukis dekat dewan, dan tiba-2 dia datang sebelah aku. Aku dah macam ....




Malu tahap 18 dah ni weh! Merahnya muka aku time tak dapat digambarkan sebab muka aku burn -.- Serious blushing weh. Nasib baik 3 minit lepastu dia blah tempat lain. Okay tu memang happy gila :D Aku sambung main lepastu pun dalam keadaan yang happy tahap 25. HAHAHA!

Lepas dah habis main tu, kitorang pun berkumpul dekat dewan. Cikgu kata minggu depan dia announce sape menang. Kriteria untuk menang tu merangkumi disiplin, masa, tak main tipu dsb. Lol. Lepastu kitorang pun tangkap gambar.



Ni kumpulan aku, Kumpulan 9 :D

Random :]

With Bert :)

Left: Nurin, Awi, Ika, Me (behind), Zila, Ain :)

With Fadzly :)

Left: Rafiza, Padli, Zila (behind), Bahirah a.k.a Bewry :)
Okay gambar ni agak kelakar xD 

Serius aku rasa ada hikmah sebab masuk ni :D Lepas habis semua tu, kitorang decide pergi Texas Chicken yang dekat Sri Gombak. Kitorang pergi naik bas ramai-2. Haha, orang pandang macam budak serong sekolah je. HAHA. Serious semua kebulur. Makan ayam takdelah berebut tapi habis lah semua tu. HAHA

With Nurin :)

Aku takde sebab tangkap gambar ._.

Lepas dah habis, zila ajak pergi karaoke. Memang gila ah. Nasib baik dia bayar. Dua bilik pulak tu. Lepas dah habis semua tu, aku pun balik rumah dengan bas. Sampai rumah terus tidur kepenatan xD Memang best ah gua citer lu. And I got a chance to explore everything in Prima Gombak which is I never known that tempat karaoke pun ada kat situ. Lol :) Ohkbye :*


No comments:

Post a Comment