Sunday 24 March 2013

Entri Kad Pengenalan Diri.


So macam yang diceritakan dalam entri lepas, aku nak imbas lah sikit apa yang jadi dekat blog aku yang sebelum ni yang terdelete tu. Kita berkenalan dulu eh? ;)

Nama penuh dalam kad pengenalan: Alia Syakirrah Ahmad Shaifuddin.

Nama luar kad pengenalan:
1. Alia. Nama ni selalunya kaum keluarga dan kerabat je yang panggil. Tapi orang yang kenal aku dari kecik pun panggil nama ni jugak (1997 - Present). Nama ni senang untuk orang ingat :p 4 huruf je. Nama ni jugaklah yang aku guna bila aku bermonolog dengan diri sendiri lulz.

Ni alia masa 3-4 tahun. Ya, alia sangat comel :p
2. Syakirrah. Nama ni memang random people je yang panggil. Seingat aku 3 orang je yang selalu panggil aku nama ni. Tapi sekarang dorang semua dah jauh dari hidup aku. Hmmmmmm

Ok ni random gila weh. Umur 5 tahun kot time ni. Ni zaman 'syakirrah'  jadi femes x)


3. Alia Syakirrah. Nama ni seingat aku orang panggil bila ada dua (atau lebih) orang yang nama Alia dalam kelas atau dalam hidup dorang. So untuk mengelakkan kekeliruan, dorang akan panggil aku nama ni. Tapi kadang-2 aku pelik jugak. Dorang tak penat ke setiap kali nak panggil atau borak dengan aku, dorang sebut penuh? --' Aku sendiri penat bila sebut nama aku. Nak taip penuh-2 pun penat -.- Hahahahaha. Aku tetap bersyukur dengan nama aku tu.

4. Alia Ahmad. Nama ni terkenal bila aku masuk form 2. Aku letak dekat FB nama ni. Dan kebetulan pula time tu memang zaman 'kefemesan' aku (zaman jahiliah sepatutnya -.-), maka secara tidak langsung aku terkenal dengan nama ni. Lagipun nama ni sedap kot. AliaAhmad. Kekeke~ Jadi, takdelah penat sangat bila nak sebut lulz. Nama ni pun terkenal dalam bidang fotografi. Maksud aku, aku selalu guna nama ni kalau aku pergi tangkap gambar/ event/ mana mana lah. Even nametag aku tahun ni pun guna nama tu :D

Um well, this is alia ahmad yang bajet femes (form 2)


5. Syakirrah Shaifuddin. Nama ni memang aku guna bila aku rasa nak menulis atau berkarya je. Pernah aku guna nama ni time aku masuk Pertandingan Cerpen dulu. Tapi ... Ya, aku kalah. Jadi nama ni tak begitu popular ._. Namun begitu (cehh ayat), aku akan tetap guna nama ni kalau aku nak menulis atau berkarya. Pendekatan yang paling dekat, blog ni lah. Jadi korang boleh anggap yang Syakirrah Shaifuddin ni rajin menulis daripada Alia Ahmad. Lulz

6. Nora Ahmad. Ni sebenarnya nickname aku time aku kerja dekat sebuah Syarikat Pengurusan Tadika dulu (2012). Mesti korang ingat yang budak tadika bagi aku nama ni en? Haha :p Salah! Time ni Nora (Aku), Qistina (Shikin), A (Tiqah) tengah terima stok uniform kanakkanak daripada supplier. Tapi entah macammana mamat-2 yang nak hantar barang tu semuanya gatal-2 dan hidung belang belaka. Dorang tanya nama kitorang and secara spontan terkeluar nama Nora tu. Haha. Shikin & Tiqah (sepupu aku) pun sama. Mana lah dia dapat 'Qistina' tu -,- Nama ni femes antara kitorang bertiga dan keluarga belah opah. Sebab tempat kitorang kerja tu pun under mak ngah kitorang. Dan nama still digunakan. Rindu oh time ni T_T

ok this is A, Qistina and Nora :)  (kitorang lepak chill relax lepas penat atas uniform  tu :D)


7. Kayra Ahmad. Nama ni lah yang aku guna sekarang (2013). Sebab aku nak lupakan kisah lama (kononnya) dan mulakan hidup baru. Tapi ramai yang tetap panggil aku Alia walaupun aku dah suruh dorang panggil aku Kayra -,- yang lagi menyakitkan sanubari bila ada yang panggil aku 'Kaya', 'Karya', macam2 lah. Dan jangan ditanya macammana aku boleh dapat nama ni :p tapi Insya Allah nama Kayra ni akan menjadi satu lembaran dan peluang untuk aku meneroka benda-benda baru. Aminn...


ok this is kayra and wazie besides her. look, they both are getting fatter :p (Feb 2013)


Umur: 16 tahun.

Tarikh Lahir: 4 November 1997.

Tempat Lahir: Pulau Pinang.

Pendidikan:
SJK (C) Sin Hwa, Parit Buntar, Perak (2003)
Tadika Seri Indah Jaya, Jalan Ipoh, KL (2003)
SK Kampung Batu, Jalan Ipoh, KL (2004 - 2007)
SK Baru Parit Buntar, Perak (2007 - 2008)
SK Taman Melati, Setapak, KL (2008 - 2009)
SMK Taman Melati, Setapak, KL (2010 - 2012)
SMK Seri Gombak, Taman Greenwood, Selangor (2013 - Kini)

Hobi: Makan, Tidur. (too productive, aite? -.-)

Cita-cita: Anak yang solehah, Hamba Allah yang taat, Usahawan yang berjaya.

Makanan Kegemaran:
a) Laksa,
b) Bihun Sup, 
c) Bakso,
d) Ikan Patin Masak Tempoyak,
e) Tomyam
f) Dan sebagainya (-,-)

Minuman Kegemaran: Apa2 yang melegakan tekak.

Serious aku rasa aku macam tengah tulis dalam buku biodata masa darjah 4 dulu. Ye ah, siap dengan fav food lah itu ini -_- macam kanakkanak~

Current Expression: Aku nak berubah. Ya. Semua orang nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk jadi lebih baik lagi daripada dulu. Aku dah taknak jadi macam dulu. Tapi entah kenapa sesetengah masyarakat masih mengungkit kisahku yang dulu dan selalu mencari keburukan aku. Aku tahu itu antara ujian ketika aku ingin menjadi lebih baik. Namun, aku hanya manusia biasa. Aku buat salah. Aku bukan maksum. Maka aku jatuh kembali di lubang yang sama. Mujurlah aku jatuh tidak terlalu dalam. Aku masih lagi jumpa laluan yang seterusnya dengan bantuan Ilahi dan sesetengah masyarakat yang ingin melihat aku berubah dan berfikiran positif. Akan aku cuba untuk berubah dan hiraukan mulut-2 orang di sekeliling. Aku yakin aku boleh. Ya, aku boleh! 

Saturday 23 March 2013

Belooooooooog Baaaaaaaru!


Hai Assalamualaikum! :D



Cuba pronounce kan title tu. Hahaha. Ni blog aku yang ke entah berapa puluh dah. Lepas aku buat post yang sedih gila nak mati pastu tetibe ada org tegur dalam real life je, aku mesti rasa malu. Pastu aku pun delete blog. Lulz. Tapi tu semua blog yg sebelum ni lah. Ada blog aku yang buat tahun ni punya en pastu en aku nak tukar emel au pastu en tetibe en dia terdelete -.- bapak sedih lah. Baru je berapa hari lepas.

Dah lah banyak gila benda aku cerita dalam tu. Pasal aku pindah lah sekolah baru lah kehidupan aku dekat sekolah baru lah cerita jumpa wazie lah cara tu cara ni macam macam lah. Haih.

Lepas di pikir2 balik, aku kena jugak buat blog sebab aku kena express feelings aku nih. Yelah, orang selalu cakap aku ni terlampau pemendam. Aku suka sorok perasaan. (Cehh-.-) So aku kena luahkan lah. Hahaha.

Gonna update about myself soon. So that, cerita dekat blog lama yang dah terdelete tu dapat diimbas kembali. Cehhh. Haha. Bye x.

Taktahu lah apasal gembira sangat (-,-)