Sunday 9 August 2015

Fresh start. (yeke?)

Assalamualaikum. 


So recently i sekarang dah sambung study dekat uitm melaka kampus alor gajah. which is yang memula tu terfikir ni benda baik ke tak sebab i've been offered diploma in bussiness study course dimana course ni aku mintak sebab abah suruh (huks). yelah alau ikut hati aku yang memang tak nampak masa depan ni, aku mintak perladangan, pertanian, perikanan (kat umt kot!) dan banyak lagi benda mengarut. bukan la nak kata course tu tak elok. tapi apa yang aku nak apply tu, aku takda basic langsung pun dan abah kata nanti aku cepat bosan hahaha. so sekarang ni tengah cuba redha dapat course business ni hah padahal hati nak masuk tourism (perantau en hewhew)


Aku daftar time 2/6 which is the day before tu aku handle majlis family day nur assriff. fuhh nervous gila baq ang jadi mc hahaha. ok nanti aku update cerita pasal ni. ok so mds a.k.a minggu destini siswa a.k.a orientasi was a hella tak best (tapi sekarang dah rindu) sebab kena tidur pukul 2 and kena bangun pukul 4 pagi. like what?!! 4 days berturut2 pulak tu. tapi papepun reaksi aku macam biasa lah tak pernah nak over pun. buat muka toya je hahaha.


roommate? quite nice lah. sorang budak tu lahir kat london tapi dok kl. so masa memula datang tu dia ni speaking dengan aku (i/you). dan aku dengan penuh kedesaan reply aku/kau je haha. tak reti la weiii. (sekarang dah start poyo sembang i/you :p) dia ni siap nangis lagi sebab tak biasa dok asrama. sorang lagi budak nilai. dia ni nampak macam okay jelah. dia ni dah biasa dok asrama. dalam bilik tu ada katil double n katil single. aku dapat dok katil atas kotttt. dah la aku ni terlebih berat, kena panjat tangga dok atas pulak huhuhu.


kolej? quite nice jugak lah. dorang selalu ar cerita benda ngarut2. sampaikan ada satu malam tu aku takleh tidur, badan panas2, sebab rasa macam ada benda dok tengok huhuhu (mintak simpang ya Allah) lepastu dengar dorang cerita dengar bunyi pelik2. huwaaa takut do. tapi setakat ni alhamdulillah lah, kalau aku dengar ke nampak ke, aku buat2 tak nampak, buat2 tak dengar huhuhu. mohon jangan ganggu saya sebab saya tak ganggu awak...........


fakulti? hmm bapak jauh gila. kena across masjid. lepastu turun tangga yang punya banyak lepastu naik jambatan lepastu naik lagi tangga batu caves tu lepastu sampai kpp2 lepastu naik lagi tangga cari kelas. fuhhh i lost 2 kg wey last month hahaha *bangga* tapi lepas raya berat naik balik. puihhhh.


classmate? hmm boleh tahan lah. semua jenis okay je. boleh masuk air keluar air otak depe haha. then, lecturer pun setakat ni dapat yang baik2 je alhamdulillah. CUMA, time quiz ke test ke aku la yang dapat markah paling rendah T___T sedih do. aku jenis lambat pick up sikit weh. kadang tu pernah ar rasa nak quit uitm gak sebab macam takut takleh bawak. tapi bila fikir pengorbanan mak abah tu terus rasa macam kena teruskan jugak. basically subjek yang aku belajar semua takda basic wehhhhhhh. aku mana pernah belajar account. business math pulak ada campur addmath. hmm mana pernah belajar addmath. subject management tu lagi ah. aku taktau aku je yang tak faham atau lect yang ajar lain hmm. elc (english) lagi ar. dah ah lemah sikit english. eh lepastu koko aku dapat BPC wehhh. Badan Pertolongan Cemas. Macam pbsm ar. Kalau tak nak masuk benda lain, tapi yang ni dia sendiri yang bagi. Redha jelah nak.


Tuje lah yang aku rasa nak cerita. Lain entri aku cerita benda lain pulak. Ni pun update kat library je hihi. Dan saya memohon kepada anda semua untuk sentiasa mendoakan perjuangan saya disini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang sentiasa memrlukan doa daripada rakan-rakan muslimin muslimat sekalian. Ewahh




"No matter what happen, you have the spotless future.Trust me, Allah knows best."